RSS Suria

‘Misompuru’ penantian 20 tahun Marsha, usaha angkat budaya Sabah dan Sarawak

SELEPAS kejayaan di Anugerah Lagu ke-39 (AJL39) Februari lalu, penyanyi Marsha Milan muncul dengan album terbaharu berjudul ‘Misompuru’.

Menurut Marsha atau Marsha Milan Londoh, 40, album ini merupakan impian yang dinanti selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

Kata Marsha, ‘Misompuru’ menggabungkan elemen muzik dari Sabah dan Sarawak dengan konsep keramaian bagi merayakan budaya di Borneo.

Marsha berharap album ‘Misompuru’ dapat menarik perhatian peminat di Semenanjung Malaysia.

“Misompuru bermaksud keramaian, sesuai untuk majlis perjumpaan beramai-ramai sekali gus menjadi sebuah album penuh inspirasi.

“Setiap lagu memiliki kisah dan melodi tersendiri. Dengan konsep keramaian menggabungkan pelbagai elemen budaya, album ini dihasilkan sebagai satu perayaan muzik yang meraikan keindahan kepelbagaian.

“Album ini merupakan simbol kepada usaha saya dalam mengangkat budaya Sabah dan Sarawak ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Marsha memang disayangi kanak-kanak, rupanya sudah 10 tahun santuni penghuni rumah kebajikan

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Menang AJL39 hadiah 20 tahun Marsha bergelar penyanyi

Dalam pada itu, Marsha berharap album ‘Misompuru’ ini bukan hanya dapat mencuri hati peminat di Borneo, tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

“Album ini menampilkan lima buah lagu pelbagai genre daripada komposer berbakat dari Borneo.

“Saya berharap album ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bukan hanya di Sabah dan Sarawak malah di Semenanjung Malaysia juga,” ujarnya.

Antara lima lagu yang terkandung dalam ‘Misompuru’ termasuk Nalan-Nalan, Lintah Darat, Pelangi Pasti, Santai Saja dan Hey Aramai Ti.

Album ‘Misompuru’ kini boleh didengar di semua platform penstriman digital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top