PELAKON Zarina Anjoulie sudah memberikan tempoh selama dua bulan kepada penyanyi Saixse agar memulangkan kad bank miliknya sebelum bertindak mendedahkan perkara itu di media sosial.
Zarina atau lebih mesra dengan sapaan Anju, 38, berkata dia menyerahkan kad tersebut kepada Saixse bagi memudahkan penyanyi berkenaan membeli makanan.
Jelas Zarina, kad bank yang mempunyai wang sebanyak RM800 itu juga sebagai wang pendahuluan kerjasama mereka dalam menghasilkan sebuah muzik video.
Zarina akhirnya bersuara mengenai kad bank miliknya.
“Dalam kad itu ada kira-kira RM800. Saya bagi kad itu kepadanya jika dia hendak membeli makanan disebabkan kami akan bertemu pada keesokan harinya.
“Jadi dia boleh bayar dahulu guna kad tersebut sebab saya pun sudah tidak ingat kata laluan kad itu.
“Kejadian itu berlaku sebelum bulan puasa,” katanya menerusi video siaran langsung di Instagram pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kau silap orang”- IG Saixse kena serang netizen, Zarina Anjoulie sangkal ada hubungan romantik
ARTIKEL BERKAITAN:Hidung baharu tak sesuai dengan penampilan, Zarina Anjoulie cadang buang implan
Zarina memberitahu Saixse ada menggunakan wang di dalam kad tersebut berjumlah RM420 namun memilih menghalalkannya.
Bagaimanapun apa membuatkan dia terkilan apabila Saixse enggan memulangkan kad tersebut kepadanya walaupun pelbagai usaha dilakukan sehingga memaksanya membuat laporan polis.
“Dia tidak belanja banyak pun cuma dalam RM420. Duit itu saya halalkan. Setakat makan dan minum serta rokok buat apa saya nak berkira!
Saya bagi secara baik dan sepatutnya pulangkan secara baik.
ZARINA ANJOULIE
PELAKON
“Saya telefon dia minta pulangkan kad memandangkan kami tak jadi bekerjasama tetapi tunggu punya tunggu tak dapat.
“Saya ada minta pembantu peribadi menghubunginya tetap tak dapat. Saya senyap sekejap sebab saya ada kad bank lain tetapi sehari sebelum hari raya, kad bank itu pula hilang.
“Saya bagi secara baik dan sepatutnya pulangkan secara baik. Dua bulan dia buat bodoh. Jadi saya memang mengamuk dan pergi ke balai polis untuk buat laporan,” kongsinya.
Zarina dan Saixse tidak jadi berkerjasama.
Sementara itu, Zarina memberitahu dia membatalkan kerjasama mereka selepas mendapat nasihat agar tidak melibatkan diri dengannya susulan banyak khabar angin tidak baik mengenainya.
Ini termasuk penyanyi lagu Malam Pagi itu didakwa memukul wanita selain dianggap tidak profesional.
“Saya tak jadi bekerjasama dengannya sebab timbul khabar angin dia pukulperempuan. Jadi pasukan saya nasihatkan agar tidak bekerjasama dengannya.
Saixse masih lagi mengunci mulut berhubung isu kad bank.
“Selain itu dia juga macam dalam keadaan tidak waras, jadi saya anggap dia tak profesional,” jelasnya.
Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Zarina bersyukur apabila Saixse akhirnya akur dan menghantar kad bank miliknya menggunkan khidmat Lalamove ke balai polis.
Sebelum ini, Zarina dalam pendedahannya mendakwa Saixse mencuri kad bank miliknya dan penyanyi itu gagal dihubungi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!