RSS Suria

Bimbang nama keluarga tercemar, Harissa Adlynn tolak tawaran buat gimik murahan

PELAKON Harissa Adlynn tak sanggup melakukan gimik murahan semata-mata mahu melonjakkan popularitinya sebagai artis.

Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, berkata, dia pernah menolak permintaan melakukan perkara tersebut kerana enggan memburukkan nama baik keluarga dan mencalar imej diri sendiri.

“Saya pernah dapat tawaran buat gimik murahan tapi saya tolak sebab mahu jaga imej dan nama keluarga,” katanya kepada mStar.

Harissa tolak lakukan gimik murahan.

Dalam pada itu, Harissa percaya untuk berjaya dia tidak mahu melakukan cara yang buruk kerana hasilnya tidak akan kekal lama.

Sebaliknya Harissa tetap berpegang dengan rezeki ditetapkan oleh Allah SWT.

“Memang saya takkan terima! Ia mungkin boleh naikkan nama dengan cepat tapi saya percaya dengan proses untuk berjaya walaupun memakan masa.

ARTIKEL BERKAITAN:Harissa Adlynn derma baju terpakai, tak suka ulang pakaian sama takut orang perasan

ARTIKEL BERKAITAN:Harissa Adlynn jaga kelakuan sebagai artis, letak syarat nak ajak ‘dating’ kena bawa ibu sekali

“Saya juga percaya pada rezeki ditetapkan Allah buat saya dalam industri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Harissa memberitahu sebagai selebriti perlu ada rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikkan kepada masyarakat.

Tambah aktres itu, artis mahupun pempengaruh perlu memberikan contoh baik agar generasi muda tidak terikut-ikut melakukan perkara tidak berfaedah.

Harissa mahu sebarkan perkara positif pada masyarakat.

“Bagi saya sebagai seorang selebriti, kita ada tanggungjawab sosial perlu dilakukan kepada masyarakat.

“Sebarkan perkara yang baik dan jangan lakukan perkara memburukkan imej sendiri.

“Kena fikir generasi muda seperti kanak-kanak melihat perilaku kita di media sosial,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top