RSS Suria

Nico macam abang, Affa imbau kenangan membesar bersama di Kampung Baru

PERMERGIAN penyanyi rap Nico pada malam Jumaat memberi kesan besar kepada rakan seperjuangannya iaitu Affa.

Menyifatkan Nico sebagai seorang abang, Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 49, mereka banyak kenangan bersama memandangkan sudah berkawan sejak kecil.

Sama-sama berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, Affa akan sentiasa mengenang Allahyarham sebagai individu banyak menjaganya.

“Kami sama-sama berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur dan sejak kecil kami sudah berkawan dan mengaji bersama.

Affa berkawan dengan Nico sejak kecil lagi.

“Dia seorang abang kepada kami (kumpulan Nico). Dia seorang yang ‘protective’ dan sentiasa menjaga kami semua,” katanya kepada mStar.

Affa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu.

Ketika ini, jenazah Allahyarham masih berada di HKL dan pihak keluarga sedang menanti keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Dalam pada itu, Affa memberitahu walaupun kumpulan Nico sudah tidak aktif membuat persembahan namun mereka kerap berhubung bagi bertanya khabar.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi rap Nico meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Roslan Saleh meninggal dunia

Affa bagaiamanapun tidak pernah mengetahui sahabatnya itu menghidap sebarang penyakit.

“Saya tidak tahu dia sakit. Jadi memang terkejut apabila dapat tahu arwah sudah tiada.

“Kami memang kerap berhubung. Selain bertanya khabar, kami juga berkongsi tentang ibadah dalam perbualan.

“Apabila usia semakin meningkat, kami lebih banyak bercakap tentang agama seperti mengingatkan tentang solat.

“Rasanya sudah lama kami tidak buat persembahan bersama. Masing-masing juga sibuk dengan urusan sendiri,” ujarnya.

Nico disahkan meninggal dunia pada malam Jumaat.

Selain Nico dan Affa, kumpulan yang pernah popular dengan lagu Inilah Nasibku itu turut dianggotai oleh Dino.

Kumpulan ini menukar nama menjadi Nico G pada tahun 2014 sebagai tanda penjenamaan semula selepas ditubuhkan pada awal tahun 1990-an.

Allahyarham Nico atau Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11 malam Jumaat ketika berada di rumah rakannya di Kampung Baru.

Nico dilaporkan meninggal dunia dalam tidur dan jenazah dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top