PERTEMUAN pada Disember tahun lalu menjadi yang terakhir di antara penyanyi rap Nico dan bekas pengurusnya iaitu Ayob Abd Majid.
Kata Ayob, 61, dia sendiri tidak menyangka Allahyarham datang ke restoran miliknya membuat kejutan selepas sekian lama tidak bertemu.
Perjumpaan tersebut kata Ayob akan menjadi memori istimewa buat dirinya.
“Biasanya jika nak berjumpa, dia akan telefon dahulu namun ketika itu dia datang buat kejutan.
Ayob ketika ditemui di HKL pada Sabtu.
“Keadaannya sihat sahaja. Kami duduk bersembang dan makan-makan.
“Tak sangka pula itulah yang terakhir kami berjumpa,” katanya kepada mStar.
Ayob berkongsi perkara itu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu.
Jenazah Allahyarham Nico ketika ini masih berada di HKL bagi proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya pada malam Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi rap Nico meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN:Nico macam abang, Affa imbau kenangan membesar bersama di Kampung Baru
Ayob merupakan individu bertanggungjawab menguruskan kumpulan Nico pada tahun 1994 sehingga 1998.
Meskipun tidak lama menguruskan kerjaya kumpulan itu, namun hubungan mereka kekal baik sehingga ke hari ini.
Nico kata Ayob sudah dianggap seperti adik sendiri dan mereka sering berkongsi perkembangan terkini walaupun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Hubungan kami tidak pernah putus. Walau bukan jadi pengurus kami masih berhubung.
Biasanya jika nak berjumpa, dia akan telefon dahulu namun ketika itu dia datang buat kejutan.
AYOB ABD MAJID
BEKAS PENGURUS
“Ada ketika saya juga masih mencari tawaran persembahan untuk kumpulan Nico,” ujarnya.
Menurut Ayob lagi Nico masih aktif dalam penghasilan lagu namun kurang membuat persembahan pentas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dalam masa sama, Nico juga bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi meneruskan kehidupan.
“Bila tak banyak show dia cakap nak buat e-hailing, saya kata teruskan kerana dia dapat berjumpa orang ramai.
Nico meninggal dunia ketika di dalam tidur.
“Apa yang saya tahu dia masih lagi menulis lagu di rumah. Dia masih aktif dalam bidang muzik.
“Nico seorang yang sangat berbakat,” ceritanya.
Allahyarham Nico atau Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11 malam Jumaat ketika berada di rumah rakannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Arwah dilaporkan meninggal dunia dalam tidur dan jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!