RSS Suria

Berbuka puasa bersama pertemuan terakhir, bekas isteri terkejut pemergian Nico

BIARPUN sudah lebih 11 tahun berpisah, penyanyi rap Allahyarham Nico masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri pertamanya iaitu Sharizuria Azlin Ridzuan.

Menurut Sharizuria atau mesra disapa Sherry, 45, mereka masih berhubung dan selalu keluar bersama sekiranya mempunyai waktu terluang.

Malah anak tunggal mereka iaitu Muhammad Fazrul Shazreen, 12, juga menjadi penghubung antara kedua-duanya.

“Kali terakhir kami berjumpa adalah pada 23 Mac lalu untuk berbuka puasa bersama. Kemudian ada berhubung ketika 1 Syawal.

Nico selamat dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

“Kami masih baik. Selalu juga keluar bersama. Dia seorang ayah yang baik dan kelakar.

“Saya sangat terkejut mendengar berita pemergian arwah,” katanya kepada mStar.

Sherry berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur ketika proses menguruskan jenazah Nico yang meninggal dunia pada malam Jumaat.

Untukrekod Nico dan Sherry bernikah pada tahun 2013 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi rap Nico meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Nico buat kejutan jumpa bekas pengurus, rupanya jadi pertemuan terakhir

Dia kemudian kembali mendirikan rumah tangga bersama Juwiati Musa pada 2017 namun berpisah pada 2023.

Sementara itu, kakak Allahyaryam iaitu Suzzi Abdul Aziz, 59, turut berkongsi kesedihan kehilangan adik tersayang.

Ceritanya sambal sotong kegemaran Nico menjadi juadah terakhir dihidangkan ketika Ramadan lalu.

“Seminggu sebelum raya dia datang ke rumah berbuka sama. Saya masakkan sambal sotong, dia sangat teruja sampai tak sabar nak berbuka.

Nico meninggal dunia pada pukul 11 malam Jumaat.

“Pada raya pertama juga kami sempat berkumpul sekeluarga. Ketika itu dia lebih banyak berdiam tidak seperti kebiasaan,” ujarnya.

Allahyarham Nico atau Abdul Fashah Abdul Aziz disahkan meninggal dunia sekitar pukul 11 malam Jumaat di kediaman sahabatnya di Kampung Baru.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan hypertensive hear disease atau penyakit jantung hipertensi dan meninggal ketika tidur.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur sekitar pukul 2.15 petang Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top