SELEPAS empat bulan kembali bergelar isteri, penyanyi Ismail Izzani gembira melihat ibunya iaitu Suliza Salam kembali mengecap bahagia.
Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 25, berkata, jelas terpancar kebahagiaan di wajah Suliza walaupun penyanyi era 80-an itu tidak pernah bercakap mengenainya.
Kata Ismail, selama ini dia menganggap hanya pasangan muda sahaja mempunyai seri pengantin tetapi rupa-rupanya ia turut jelas terpancar pada wajah ibunya.
“Selepas saya lihat mama berkahwin lagi, saya terkejut kerana menyangka seri pengantin itu hanya ada untuk pasangan muda.
Ismail terbuka menerima kehadiran bapa tiri dalam keluarganya.
“Tetapi mama pun berseri juga. Rumah dia pun nampak berseri-seri.
“Dia tidak perlu cakap dia bahagia sebab saya sudah boleh nampak ibu lebih selesa dengan kehidupannya sekarang,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Ismail sudah berkenalan dengan bapa tirinya iaitu Ismail A. Samad sejak beberapa tahun lalu dan pernikahan ibu adalah cadangannya bagi mengelakkan fitnah orang ramai.
“Saya kenal baba dah lama kerana sebelum ini dia pernah bekerja dengan mama dan keputusan mereka berkahwin juga datangnya daripada saya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sambutan Aidilfitri Ismail Izzani kembali meriah, bertuah dapat bapa tiri penyayang
ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Suliza Salam kembali bergelar isteri, Ismail Izzani dapat bapa tiri
“Perkahwinan ini perkara baik sebab kita nak halalkan hubungan dan mungkin rezeki itu akan lebih meluas.
“Saya pun tidak mahu orang lain bercakap buruk dan mahu mengelakkan perkara tidak baik,” ujarnya.
Penyanyi lagu Bidadari ini juga memberitahu hubungannya dengan bapa tiri juga berada dalam keadaan baik.
“Hubungan kami memang okay sangat. Kami boleh main game bersama.
“Bapa tiri pun masih muda kerana perbezaan usia dengan mama pun tidak jauh beza.
Ismail sekeluarga meraikan Aidilfitri bersama bapa tiri (dua dari kiri).
“Fasal perkara-perkara lepas (perkahwinan lalu) mungkin masih ada memori dalam kehidupannya tetapi sebagai keluarga kami cuba untuk tidak terlalu memikirkannya dan bina hidup baru insya-Allah,” katanya.
Pada 21 Disember 2024, Suliza kembali bergelar isteri kepada Ismail selepas lebih dua tahun memegang status ibu tunggal.
Sebelum ini, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!