ISU mengenai kanak-kanak generasi baharuyang didakwa semakin kurang adab ketika berhari raya hangat menjadi topik perbualan di media sosial.
Namun di sebalik kisah-kisah negatif yang dikongsi, seorang wanita mendedahkan dia menerima kehadiran dua kanak-kanak yang cukup berbeza sifat mereka.
Menurut pengguna TikTok itu, dua beradik tersebut merupakan murid sekolah rendah yang tinggi dengan adab serta budi pekerti.
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira setiap kali tibanya hari raya. -Gambar hiasan
“Datang dua budak lelaki beraya kat rumah. Seorang darjah dua, abangnya darjah enam. Sebab tak tahu nak cerita apa dengan budak, aku cakaplah, panas hari ni.
“Mereka datang jalan kaki. Yang adik darjah dua cakap tak panas, rumah kami rumah papan je,” ujar wanita itu memulakan cerita.
Menurut wanita itu lagi, dia berasa sayu melihat dua kanak-kanak itu yang cukup tertib selepas menjamu selera di rumahnya.
Apabila nak balik tu, mereka kemas… siap lapkesan tumpah dengan serdak kuih.
TUAN RUMAH
“Lepas tu abang dia cakap kat adik, ambil satu satu makan, jangan ambil banyak. Tak baik bazir makanan.
“Apabila nak balik tu, mereka kemas… siap lapkesan serdak kuih tumpah. Kemudiancakap terima kasih untuk makanan dan duit raya. Sendu pula hati aku,” tulisnya lagi.
Sehingga kini hantaran yang dimuat naik wanita itu menerima lebih 80,000 tontonan.
ARTIKEL BERKAITAN:Mak ayah tunggu dalam kereta, singgah setiap rumah biar anak ‘kerja’ kutip duit raya – “Dah macam sindiket”
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak terima kanak-kanak datang beraya! Sofa baru beli terbakar, ada budak main mercun dalam rumah
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap dua beradik itu yang dianggap ‘rare’ pada zaman ini.
Malah kata netizen, kebanyakan kanak-kanak daripada keluarga susah sememangnya mempunyai budi pekerti tinggi.
Ada kanak-kanak yang menolak pelawaan makan daripada tuan rumah kerana mereka hanya mahu mengutip duit raya. -Gambar hiasan
“Bukan nak cakap apa, anak-anak orang susah ni mereka biasanya sangat tinggi adab kalau nak dibandingkan dengan anak orang berada.
“Adab dan ilmu berjalan seiring. Syabas kepada ibu bapanya. Biar miskin harta, jangan miskin adab.
“Walaupun susah, mereka diajar adab sopan,” tulis beberapa netizen.