RSS Suria

“Bila abah kau nak mati?” – Wanita terkejut mak mentua bermulut celupar, ‘meratib’ harap suami cepat meninggal

SESEORANGyang menghidap penyakit kronik dan hanya mampu baring terlantarpastimemerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga dan insan tersayang.

Namun menerusi hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap ibu mentuanya yang gemar menuturkan kata-kata cemuhan dan rungutan terhadap suami sendiri.

Lebih membuatkan dia terkejut ialah si ibu mentua sentiasa mengharapkan agarsuaminya yang sedang sakit itu segera mati.

Hubungan suami isteri yang hambar boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan

Hubungan suami isteri yang hambar boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan

“Tak faham dengan mak mentua aku yang suka tanya… bila bapa kau nak mati?Abang abah kau dah meninggal minggu lepas,” luahnya.

Menurut wanita ini lagi, perkara yang lebih mengejutkan adalah semua harta bapa mentuanya sudah dipindah milik.

ARTIKEL BERKAITAN:“Mulut kau kumat-kamit tadi!” – Ibu mentua tuduh menantu jampi masakan, sakit hati sup lengkuas air tangan sendiri tak laku

ARTIKEL BERKAITAN:Aktiviti hias rumah baharu terganggu, mak mentua pun teringin cantikkan kediaman! Menantu geram suami jadi ‘mangsa’

Malah simpanan di beberapa institusi kewangan juga telah diserahkan kepada ibu mentuanya.

“Ayah mentua aku dah lama sakit… terbaring je. Dulu kerja bank dan masa dia dah tak sihat, mak mentua tukar nama semua harta kepada nama dia.

Dah la tak tolong jaga, kemudian burukkan ibu mentua dekat media sosial.

WARGA MAYA

“Kereta, simpanan ASB (Amanah Saham Bumiputera), Tabung Haji semua dah transfer ke akaun mak mentua aku,” kongsinya lagi.

Pengadu bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci penyakit yang dihidapi bapa mentuanya itu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyelar sikap wanita ini dan menyifatkannya tidak memahami akan kesusahan dialami si ibu mentua.

Kebanyakan warga maya bukan sahaja menyelar malah menyifatkannya sebagai tidak peka.

Kebanyakan warga maya bukan sahaja menyelar malah menyifatkannya sebagai tidak peka.

Malah ada yang berkongsi pengalaman tentang menjaga individu sakit kronik dan terlantar.

“Kau sendiri cakap ayah mentua dah lama terbaring, ingat senang ke jaga orang sakit danbedridden seorang diri?

“Ayah aku sakit 14 tahun dan tiada inisiatif nak sihat… mak aku pun meratibmacam mentua kau ni tapi aku faham kenapa mak aku macam tu. Orang sakit perangai lain.

“Mak pun dah tua, kudrat tak kuat mana. Nak mandikan, basuh berak, suap makan. Anak-anak pula perangai macam korang, tak membantu.

“Dah la tak tolong jaga, kemudian burukkan ibu mentua dekat media sosial. Ni mesti kes sakit hati sebab semua harta dapat dekat ibu mentua,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top