RSS Suria

Selesai ganti ‘3 Pagi Era’, Sharifah Shahirah mulakan tugas di Sinar FM pula

SELEPAS menggantikan penyampai 3 Pagi Era, pelakon Sharifah Shahirah meneruskan karier dengan memulakan tugas baharu di stesen radio Sinar bermula Isnin.

Perkara itu dikongsikan oleh Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 51, yang memberitahu teruja memulakan tugas bersama stesen berkenaan.

Menurut Shiera, dia bakal mengendalikan slot petang bergandingan bersama dua penyampai lain iaitu Hefny dan Falyq.

Shiera bergandinganHefny dan Falyq.

“Waktu berseronok sudah habis. Masa untuk kerja di tempat baharu, di Sinar FM pukul 3 hingga 7 petang.

“Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan. Selamat hari raya kawan-kawan,” kongsinya.

Perkongsian tersebut disambut baik oleh peminatnya yang tidak sabar melihat gandingan baharu itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Sah! Sharifah Shahirah masuk konti ‘3 Pagi Era’ Isnin depan, bergandingan bersama Haziq dan Namie

ARTIKEL BERKAITAN:Asalnya hanya bergurau, Sharifah Shahirah dipanggil uji bakat ganti deejay ‘3 Pagi Era’

“Ke Sinar pula ke? Rezeki tak salah alamat dan selamat bertugas!

“Okay, besok mula tukar siaran Sinar pula.

“Lepas ini kecoh di Sinar pula, tak sabar nak dengar celoteh Kak Rara,” antara komen netizen.

Shiera sebelum ini menggantikan Nabil, Radin dan Azad.

Sebelum ini, Shiera menggantikan penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang direhatkan susulan kontroversi berkaitan sebuah video tarian yang dianggap mempersendakan agama lain.

Untuk rekod, Shiera pernah bertugas di stesen Suria FM selama tujuh tahun dan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top