RSS Suria

Kuah laksa busuk… Tetamu hilang selera, tuan rumah cuba terus muntah! Peniaga tak rasa bersalah, sibuk cari senduk hilang

HAJAT sebuah keluarga untuk menjamulaksa buat tetamu di majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila kuahyang disediakan penjual berbau busuk.

Menurut seorang wanita, majlis perkahwinan adiknya dilangsungkan di sebuah dewan di utara tanah air padabulan Syawal.

Bagi meraikan tetamu yang hadir, dia menempah laksa dengan seorang penjualdi Sungai Petani, Kedah.

Membuat tempahan menerusi kiriman mesej WhatsApp. -Gambar hiasan

Order saat akhir, pagi sehari sebelum majlis sebab makcik saya nak buat laksa tu tak sihat. Jadi, deal dengan orang tu dan dia setuju nak buat.

“Bila laksa dah sampai, abang saya buka. Bau dia lain macam. Masa tu fikir mungkin bau belacan yang dia guna kuat,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, katanya, laksa yang sudah ditempahdihidangoleh pihak katering untuk para tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN:Sudahlah perut lapar, peniaga pula biadab! Pelanggan terkedu disindir tauke restoran, pesanan nasi goreng disuruh ambil esok

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda tercengang jumpa peniaga ‘mulut laser’, disindir pokai kerana beli nasi putih kosong… Paling merepek caj RM4 sebungkus!

Namun tidak lama kemudian, penyelia katering datang memaklumkan kepadanya bahawa tetamu mengadu kuah laksa tidak enak sehingga mereka hilang selera makan.

“Saya pergi tengok, buka penutup kuah, bau kuah sampai rasa nak muntah. Tengok kuah bahagian atas jadi berminyak, isi ikan berketul tak sebati dengan kuah.

“Sebagai peminat tegar laksa, kita tahu macam mana sepatutnya kuah laksa. Kakak saya cuba makan, terus dia muntah. Dia kata ikan lama dan bila makan jadi gatal lidah,” ujarnya.

Tolonglah profesional. Terkilan sangat dengan penjual macam tu.

PELANGGAN

Susulan itu kata wanita berkenaan, dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada penjual laksa, yang bersedia untuk membayar ganti rugi.

“Kami kemas semua barang penjual tu dan letak tepi dewan. Dia cakap akan datang ambil semua barang antara pukul 5 dan 6 petang. Dia suruh tinggal je kat tepi dewan.

“Memang penat bila urus majlis kahwin. Pukul 5.30 petang, kami balik homestay terus kemas barang yang dikeluarkan dari kereta, susun dan cuci semua barang yang diguna,” katanya.

Seorang wanita kesal dengan insiden yang berlaku. -Gambar hiasan

Dia kemudian menerima mesej daripada penjual laksa ketika solat Maghrib, sebelum nombor telefonnya disekat (block).

“Dia mesej tanya senduk dia tak ada, lepas tu mangkuk polisterin dia bagi pun tak ada. Saya balas la, mungkin mangkuk tu mereka dah letak sekali dengan mangkuk untuk sup bihun, jaditerguna senduk dan mungkin pihak katering terambil.

“Jadi, saya buat keputusan nak bayar ganti rugi tapi semua WhatsApp saya tak lepas sebab dah kena block. Saya terkejut, kenapa sampai nak block?

“Ada tak puas hati, maklum je. Benda boleh bincang. Kalau nak suruh saya bayar, saya boleh bayar. Tapi saya tetap transfer juga duit untuk ganti rugi senduk sebatang dan mangkuk polisterin satu paket tu.

“Tolonglah profesional. Terkilan sangat dengan penjual macam tu,” katanya kesal.

Scroll to Top