RSS Suria

Pelakon Rahim Jailani terkena serangan jantung semasa sedang tidur

PELAKON Rahim Jailani dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung semasa berada di kampungnya di Negeri Sembilan.

Menurut anaknya iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq, 25, bapanya terkena serangan jantung itu semasa sedang tidur.

“Ayah masuk hospital pada Jumaat lalu kena serangan jantung dan paru-paru berair.

Rahim sangat terkenal dengan watakseorang bapa.

“Ayah saya sebelum ini pernah kena serangan jantung dan ini serangan kedua, jadi jantung dia agak lemah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kata Tasyriq lagi, ini serangan jantung kali kedua dialami pelakon berusia 64 tahun ini.

Malah, buat masa ini bapanya hanya bergantung kepada ubat-ubatan sebelum menerima rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan Mak Wan Latah makin merosot, hanya mampu makan roti untuk elak semput

ARTIKEL BERKAITAN:Syukur kesihatan Zara Zya semakin baik, terpaksa berehat lama selepas diuji empat penyakit kronik

Namun dia bersyukur apabila bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Saya juga tak dapat berkongsi lanjut kerana masih menunggu jawapan daripada doktor pakar sekiranya memerlukan rawatan lanjut.

“Tapi buat masa ini ayah sudah stabil dan dibenarkan keluar hospital hari ini,” kongsinya.

Sebelum itu, Tasyriq menerusi media sosial memuat naik foto memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top