RSS Suria

Wanita menangis di pagi raya lepas anak tiri pecah rahsia… Selama ini suami anggap dirinya beban

SETIAP wanita bergelar isteri pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan penuh kasih sayang.

Namun, apa yang dialamiwanita ini benar-benar melukakanhatinya apatah lagi kejadian berlaku di pagi Syawal yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan.

Dalam satu perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu suamisendiri menganggap dirinyasebagai beban.

Seorang wanita dianggap beban oleh suaminya sendiri. -Gambar hiasan

Lebih menyedihkan, perkara itu tidak diungkapkan secara terus kepadanya, sebaliknya kepada anak-anak tiri yang seolah-olah bersetuju dengan kenyataan bapa mereka.

“Pagi raya baru tahu. Selama ini suami anggap aku beban. Dia bercerita pada anak-anak tiri aku dan mereka berpandangan (beranggapan) buat apa ayah simpan beban,” luah wanita itu.

Apa yang lebih memilukan hatinyasebagai seorang isteri, kehidupannya selama ini tidaklahbergantung sepenuhnya kepada suami.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri kecil hati suami buat muka serius kalau bergambar, foto dengan rakan perempuan murah senyuman pula

Tegasnya, dia bekerja di bawah sektor kerajaan malah dari segi kewangan, dia jauh lebih stabil berbanding suaminya yang berusia 18 tahun lebih tua.

“Suami aku lupa barangkali. Aku muda 18 tahun dari dia. Dia ada penyakit tiga serangkai dan masalah jantung,” katanya lagi.

Tidak mahu terus diperlakukan sebegitu, wanita itu membuat keputusan untuk membawa perkara ini ke mahkamah selepas Aidilfitri.

Statement yang sangat melukakan hati seorang isteri.

NETIZEN

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa dirinya selepas perkongsiannya menjadi tular.

Malah ada yang menyarankan agar dia menuntut haksebagai isteri sebelum meninggalkan lelaki yang tidak menghargai dirinya.

Antara respons pengadu pada komen netizen.

Statement yang sangat melukakan hati seorang isteri. Jangan lupa tuntut harta sepencarian dan nafkah tertunggak kalau ada. Biar berbaloi sikit.

“Amboi, siapa sebenarnya beban? Kalau dia dah fikir macam tu dan sampai hati cakap macam tu pada orang lain, apa lagi kak?

“Mungkin Allah nak tunjukkan di pagi mulia ni apa yang dia fikir dan cakapkan selama ini. Love yourself more. Tinggalkan dia,” ujar beberapa netizen.

Scroll to Top