RSS Suria

‘Keluarga’ Singapura puji gigih cari duit… Shuk Sahar minta maaf jika sahabat turut terpalit isu rumah tangga

DIUJI masalah rumah tangga, pelawak Shuk Sahar kekal tenang dan bersyukur kerana masih mempunyai sahabat yang dianggap sebagai keluarga.

Tak putus menerima kata-kata semangat, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, turut memohon maaf sekiranya masalah rumah tangga yang dihadapi bersama isteri iaitu Fara Salleh memberi impak buruk kepada rakan-rakannya itu.

“Terima kasih Lepak Bapak (team podcast) bukan sebab korang menyebelahi aku ke apa tapi sebab buat aku rasa aku ada keluarga dan tempat tumpang rasa keluarga di Singapura.

“Maaf kalau hal aku banyak buat korang terpalit sedikit cerita yang tak baik. Semoga Allah balas kebaikan korang dengan kebaikan,” katanya.

Shuk berkongsi perkara itu menerusi komen yang ditulis dalam sebuah hantaran dimuat naik di Instagram podcast Lepak Bapak.

Shuk meluahkan rasa terharu dengan sokongan diterima.

Shuk meluahkan rasa terharu dengan sokongan diterima.

Dalam hantaran tersebut, dua orang wakil pasukan Lepak Bapak mengeluarkan kenyataan susulan nama kumpulan mereka itu turut terbabit dalam kemelut rumah tangga pelawak berkenaan.

Salah seorang wakil yang dikenali sebagai Feroz berkata dia sebagai rakan melihat sendiri kegigihan Shuk berniaga untuk mencari rezeki buat keluarga.

“Isu ini bermula dua minggu sebelum Ramadan apabila kami berjumpa dengan Shuk di Kuala Lumpur. Buat masa itu motif kami ke sana untuk cari supply barangan dijual di bazar Ramadan.

“Bagi pihak kami, apa yang kita nampak sepanjang bulan Ramadan bagaimana gigihnya dia ke sana ke sini menguruskan perniagaan sampai 2 hingga 3 pagi jual minyak wangi.

“Sebelum Ramadan lagi, kami sudah lihat betapa gigihnya dia bekerja sampai malam, extra recording podcast lagi sebab nak cari duit untuk trip ke Eropah dan pembedahan isterinya. Semua ini kita nampak macam mana dia habiskan masa bekerja,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Shuk Sahar lafaz cerai terhadap isteri melalui panggilan telefon dari Thailand, Fara Salleh nekad tuntut nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Shuk Sahar bersumpah tak pernah cakap isteri beban, pilih diam isu rumah tangga enggan keruhkan keadaan

Feroz bagaimanapun menasihati Shuk untuk terus kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga ini.

Malah, dia dan sahabat lain sentiasa bersedia memberikan sokongan dan bantuan jika diperlukan.

“Bagi pihak pasukan Lepak Bapak, apa sahaja yang kau (Shuk) lalui, kami sentiasa berada di belakang kau.

“Sentiasa ingat kau ada lima sahabat di Singapura yang sentiasa memberikan sokongan. Ada apa masalah ingat kita ada whatsApp grup. Call sahaja apa-apa kita akan tolong.

Shuk (kanan) didakwa melafazkan cerai talak satu kepada Fara (kiri).

Shuk (kanan) didakwa melafazkan cerai talak satu kepada Fara (kiri).

“Allah takkan uji kalau kau tak mampu, terus kuat untuk melalui semua ujian ini,” katanya.

Pada Isnin, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu kepada Fara menerusi panggilan telefon.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menurut Fara, 33, Shuk melafazkan cerai itu di Thailand dan tidak mengetahui tujuan pelawak itu melakukan tindakan tersebut di negara berkenaan.

Shuk dan Fara berkahwin padaNovember 2023.

Shuk dan Fara berkahwin pada November 2023.

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa bengang terhadap Shuk dengan mendakwa pelawak itu sebagai suami yang tidak bertanggungjawab.

Malah dakwa Fara lagi, Shuk sentiasa melebihkan rakan-rakan berbanding memikirkan keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top