RSS Suria

1 Syawal terasa cukup panjang… Sharnaaz Ahmad tak fikir soal raya

SAMBUTAN Aidilfitri kali ini pastinya berbeza buat pelakon Sharnaaz Ahmad kerana dia meraikan tanpa bapa tercinta di sisi.

1 Syawal diraikan dalam suasana suram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 40, berkata hari tersebut dirasakanterlalu panjang buat dirinya.

“Saya langsung tak fikir soal raya. Raya paling tawar dalam hidup.

Sharnaaz menyambut 1 Syawal secara bersederhana.

“Rasanya nak habis raya secepat mungkin tetapi terasa lambat sangat dalam sehari itu. Selepas raya pertama saya lega,” katanya.

Sharnaaz ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya berjudul Blood Brother: Bara Naga yang berlangsung di Putrajaya pada malam Isnin.

Untuk rekod, bapaSharnaaz iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad meninggal dunia pada 27 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada lagi tanya khabar, Sharnaaz Ahmad rindu panggilan telefon arwah bapa

Berkongsi rasa kehilangan insan tersayang, Sharnaaz berkata dia tidak mahu lagi menitiskan air mata meratapi pemergian bapanya itu.

“Rasa itu bagaikan dah beku. Kali terakhir saya menangis adalah selepas 40 hari pemergian arwah. Ia bagaikan ada satu suis yang saya tidak boleh kawal sedangkan tidak fikirkan tentang hal itu,” ujarnya.

Malah semasa tayangan filem berkenaan, Sharnaaz juga hadir dengan memakai jam tangan milik arwah yang disimpan sejak kali terakhir bapanya dimasukkan ke hospital.

Raya paling tawar dalam hidup

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Sementara itu bercakap mengenai filem Blood Brother: Bara Naga, pelakon ini menyifatakan watak Ghaz yang dibawakan seperti mimpi jadi nyata.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kecederaan ketika penggambaran, namun baginya itu bukan penghalang untuk dia memberikan lakonan terbaik.

“Kalausaya terlibat dengan penggambaran saya akan habiskan. Walaupun cederasaya tetap akan selesaikan. Gembira bila melihat ia berjaya dihasilkan.

Syafiq dan Sharnaaz menjadi gandingan utama dalam Blood Brother: Bara Naga.

“Setiap hari saya ‘bergaduh’ dengan pengarah. Dia mahukan kesempurnaan dan begitu juga saya. Sebagai pelakon saya perlu persoalkan kenapa untuk hidupkan karakter ini. Saya mahu sempurna dari pemahaman sendiri,” jelasnya.

Filem berkenaan merupakan arahan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Selain Sharnaaz, pelakon lain yang turut terlibat adalah Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifli, Andy Teh, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham.

Ia bakal ditayangkan bermula 10 April.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top