KEMBALI memulakan tugas sebagai penyampai radio, personaliti Sharifah Shahirah menganggap ia adalah peluang terbaik untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang diminati.
Meskipun pernah meluahkan hasrat untuk memberikan tumpuan kepada keluarga selepas meninggalkan Suria FM, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, berkata dia juga perlu memikirkan komitmen lain bagi meneruskan kehidupan.
“Cucu pun dah tak tinggal dengan saya selepas anak habis berpantang. Jadi apa salahnya saya kembali bekerja.
Shiera tidak kekok memulakan tugas di tempat baharu.
“Saya tetap pilih menjadi penyampai radio sebab memikirkan komitmen termasuk dari segi kewangan. Kalau nak berlakon jarang ada masa di rumah. Menjadi penyampai radio kerjaya paling sesuai,” katanya kepada mStar.
Shiera memulakan tugas sebagai penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Trio Petang bersama Hefny dan Falyq sejak Isnin.
Mengakui menerima tawaran hujung tahun lalu, Shiera berkata dia bagaimanapun perlu menamatkan kontrak perkhidmatan bersama Suria sehingga Februari.
ARTIKEL BERKAITAN:Selesai ganti ‘3 Pagi Era’, Sharifah Shahirah mulakan tugas di Sinar FM pula
ARTIKEL BERKAITAN:Sah! Sharifah Shahirah masuk konti ‘3 Pagi Era’ Isnin depan, bergandingan bersama Haziq dan Namie
“Sayang juga untuk melepaskan tempat kerja sebelum ini. Apabila terlalu lama bekerja, kita rasa selesa dan tak mahu berubah.
“Sebelum terima saya buat solat sunat istikharah dahulu dan beri respons di saat-saat akhir. Takut juga nak terima sebab bimbang orang tak suka. Namun sampai bila nak fikirkan orang lain,” ujarnya.
Berada dalam persekitaran baharu, Shiera berkata dia enggan cepat berasa selesa.
Sayang juga untuk melepaskan tempat kerja sebelum ini
SHARIFAH SHAHIRAH
PENYAMPAI RADIO
Biarpun sudah berpenglaman namun dia sedar banyak perkara yang perlu dibelajari memandangkan setiap stesen ada identiti tersendiri.
Dalam masa sama dia juga tidak menyangka menerima respons baik dalam kalangan peminat yang sentiasa menantikannya untuk kembali bersiaran.
Hefny, Shiera dan Falyq gandingan baharu Trio Petang Sinar.
“Tak sangka ada peminat sebab bagi saya pendengar selalunya lebih tertumpu kepada lagu dan bukan penyampai.
“Dalam persekitaran baru ini saya tidak boleh sambil lewa dalam bekerja. Segmen ini sudah ada kedudukan sendiri dan kalau boleh nak terus naikkan,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!