KETIKA kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah menjadi topik bualan masyarakat, pelakon Rita Rudaini tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu berkenaan.
Berbeza cara pemikiran pelajar dahulu dan sekarang, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata generasinya ketika itu tidak berani untuk bertindak di luar kawalan kerana takut akibat yang perlu ditanggung.
“Yang tak nak belajar, sila keluar. Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman canggih tapi otak mereka tak secanggih budak-budak zaman dulu.
“Budak-budak dulu nak buat satu benda memang fikir 100 kali sambil terbayang kena libas.
Perkongsian Rita yang dimuat naik di Instastory miliknya.
“Budak sekarang… buat dulu, fikir? Nanti bila lapanglah fikir,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.
Perkongsian tersebut dibuat dipercayai merujuk kepada insiden video buli membabitkan tujuh pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Rita berpendapat dalam perkara ini institusi pendidikan tidak perlu dipersalahkan kerana tindakan luar kawalan yang berlaku di sekolah adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri.
Rita bagaimanapun berkata pendidikan sebenar perlu dilakukan di rumah agar dapat membentuk peribadi anak-anak supaya menjadi individu lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak Rita Rudaini kekal cemerlang dalam akademik, dapat Anugerah Pengetua MRSM Sungai Besar
ARTIKEL BERKAITAN:Remaja kena henyak ramai-ramai, punggung dikorek! Asyraf Wajdi tegaskan tak berkompromi kes buli di MRSM
“Didikan juga bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang, tengok dengan siapa dia berkawan.
“Ketegasan dan kekerasan itu berbeza. Hormat dan takut mana satu pilihan. Maktab tak salah, mana-mana sekolah pun sama, yang tak betul perangai dan sikap manusia,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon filem Mami Jarum ini turut memuji tindakan pantas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam memberi maklum balas terhadap kes buli yang berlaku di pusat pendidikan itu.
“Terima kasih Dr Asyraf, tindakan yang cepat walaupun perkara ini berlaku tahun lepas, pihak maktab tak patut sorok atau ambil ringan.
Budak sekarang… buat dulu, fikir? Nanti bila lapanglah fikir.
RITA RUDAINI
PELAKON
“Kadang-kadang peraturan yang ketat, tegas dan tak tentul fasal pun boleh buat pelajar stres dan mula memberontak. Mulalah buat hal kacau orang.
“Daripada seronok kacau-kacau terus jadi kes buli. Ada yang tak kacau orang tapi lepaskan stres dengan cara lain, hisap rokok atau vape,” katanya.
Sebelum ini, tular video berdurasi 1.31 minit memaparkan seorang pelajar lelaki dibuli beberapa rakannya di mana kepala dan badannya dihenyak selain dilibas menggunakan tali pinggang.
Lebih mengejutkan, seorang individu yang memakai kopiah dilihat bertindak ‘mengorek’ bahagian punggung mangsa daripada bahagian luar seluar.
Ritatampil menyuarakan pandangannya berhubung isu buli.
Susulan insiden tersebut, polis membuka satu kertas siasatan dan mengesan lokasi institusi terlibat dan semua individu yang dilihat dalam video berkenaan untuk dirakam keterangan.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou, siasatan akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.
Asyraf dalam satu kenyataan di Facebook pula memberitahu tujuh pelajar MRSM terbabit disyorkan tamat pengajian dan keputusan mengenai kes buli itu dibuat menerusi Jawatankuasa Disiplin Maktab.
Tegas beliau lagi, tindakan keras itu dikenakan secara adil tanpa mengira latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dalam insiden buli.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!