RSS Suria

Riena Diana ludah muka Faizal Hussein, takut tapi terpaksa buat!

DRAMA Bidaah yang sudah selesai tayangan di platform penstriman Viu masih lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton.

Bukan hanya lakonan hebat barisan pelakon, malah babak-babak dalam drama ini juga pernah mencetuskan kontroversi.

Berkongsi pengalaman di set penggambaran, pelakon Riena Diana memberitahu dia perlu menjayakan satu babak yang amat sukar untuk dilakukan.

Riena berani jayakan watak ludah muka Faizal.

Biarpun berat, namun adegan dia meludah muka aktor Faizal Hussein yang membawa watak Walid tetap perlu dilakukan atas persetujuan bersama termasuklah pengarah.

“Kena ludah Faizal… ampun Walid (watak Faizal).

“Masa buat babak ini banyak kali tanya pengarah dan Faizal. Kalau tak buat boleh ke? Sebab takut.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN:Terima teguran Jakim, Erma Fatima sudah potong 2 babak dalam ‘Bidaah’ cetus kontroversi

“Tapi disebabkan mereka sempoi dan faham ini lakonan, buat jugalah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Bagaimanapun difahamkan babak tersebut tidak disiarkan dan telah dipotong untuk tayangan.

“Rasanya babak ini kena potong, jadi saya belanja di sini (Instagram),” ujarnya.

Drama Bidaah kini menjadi sebutan ramai.

Bukan hanya di Malaysia, drama ini juga mula mendapat perhatian penonton dari Indonesia sehingga banyak yang memberi komen terhadap lakonan mereka.

Dalam drama ini, Riena memegang watak sebagai Baiduri iaitu seorang wanita yang dipaksa berkahwin dengan ketua kumpulan agama pimpinan Walid Muhammad (Faizal).

Selain mereka berdua, pelakon lain yang turut terlibat adalah Fattah Amin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Marissa Yasmin, dan Vanidah Imran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top