RSS Suria

Liyana Jasmay menyesal, banyak istighfar selepas terikut trend menari beri duit raya

SELEPAS mengambil keputusan memadam video tarian memberi duit raya sambil menari sebelum ini, pelakon Liyana Jasmay berkata dia kini lebih berhati-hati dalam mengikuti trend di aplikasi media sosial.

Liyana, 37, berkata dia menyesal dengan perbuatannya itu dan beristighfar selepas mengetahui tarian tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan kaum Yahudi.

“Ya saya akan lebih hati-hati! Saya terus rasa takut… sebenarnya tak boleh nak ikut trend sesuka hati.

Liyana menyesal ikut trend beri duit raya sambil menari.

“Sebab itu saya kata lebih baik saya kongsi video makan atau mukbang daripada ikut trend tak tahu asal usulnya.

“Selepas tahu je trend itu ada kena mengena dengan Yahudi, saya istighfar banyak-banyak dan menyesal ikut trend itu,” katanya kepada mStar.

Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Pasca Kau Pergi di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu dia juga turut menjelaskan kepada anak-anak mengapa dia bertindak memadam video trend tersebut di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Liyana Jasmay rasa diri ‘low’ ikut trend tanpa selidik, padam video beri duit raya sambil menari

ARTIKEL BERKAITAN:Nak kejar ‘engagement’ sanggup kutuk filem tempatan, Liyana Jasmay sound content creator buat reviu cara lapuk

Sebagai ibu, Liyana berpandangan menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik anak-anak menjauhi perkara negatif.

“Anak saya tanya kenapa saya padam video itu dan saya jelaskan.

“Saya kena mendidik mereka sebab kalau tidak anak-anak nak lakukan trend itu dengan saudara mara lain.

“Jadi dah tak boleh buat tarian macam itu lagi selepas ini,” jelasnya.

Liyana juga minta anak-anak tak buat lagi trend beri duit raya sambil menari.

Sebelum ini, Liyana berasa diri ‘low’ dan rendah kerana melakukan trend beri duit raya sambil menari.

Aktres itu kemudian memadam hantaran berkenaan selepas mengetahui unsur tarian dan lagu trend itu dikatakan cukup popular dalam kalangan kaum Yahudi.

Untuk rekod, Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan pada 2013 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top