RSS Suria

Hafeez Mikail belum sedia tunjuk wajah anak, elak komen buruk bimbang penyakit ain

SUDAH tujuhbulan bergelar bapa, pelakon Hafeez Mikail masih belum bersedia menunjukkan wajah anak sulungnya yang diberi nama Dahlia Ayesha kepada umum.

Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 33, berkata dia membuat keputusan untuk tidak berkongsi mengenai cahaya matanya itu kerana bimbangpenyakit ain.

“Saya percaya dan dalam al-Quran juga tertulis tentang penyakit ain.

Hafeez hidup bahagia bersama isteri dan anak.

“Walaupun kita rasa anak kita comel tapi akan ada yang komen buruk.

“Belum masa lagi sebab dia masih kecil, insya-Allah bila anak dah besar sikit saya akan tunjukkan di media sosial,” katanya kepada mStar.

Hafeez berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Bukan Ipar Sempurna di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bercerita mengenai perasaannya yang kini sudah memiliki cahaya mata, Hafeez mengakui seronok melalui perubahan fasa berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Impian jadi kenyataan, Hafeez Mikail dan isteri bakal timang anak perempuan

ARTIKEL BERKAITAN:Hafeez Mikail sah bergelar suami Noor Azira dengan sekali lafaz

Malah Hafeez tidak mengeluh membesarkan Dahlia kerana menganggap anak merupakan pembawa rezeki keluarga.

“Pengalaman pertama besarkan anak sangat seronok, anak perempuan saya sangat manja.

“Tiada keluhan membesarkannya kerana saya pun menumpang rezeki anak.

“Sudah menjadi impian saya untuk berkahwin dan ada anak sendiri,” ujarnya.

Hafeez elak kongsi wajah anak di media sosial.

Untuk rekod, Hafeez mendirikan rumah tangga dengan Noor Azira Azman pada tahun 2023.

Dalam perkembangan lain, Hafeez tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul Bukan Ipar Sempurna.

Selain Hafeez, drama tersebut dibarisi pelako lain seperti Cahaya Nilam,Ikmal Amry dan Nadiya Nisaa.

Drama berkenaan akan mula ditayangkan di saluran TV3 bermula 13 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top