RSS Suria

Wanita humban rendang paru dalam tong sampah, merajuk keluarga tak jamah! Ikrar ini Aidilfitri terakhir di kampung halaman

SUDAH menjadi satu budaya untukmembawa buah tangan ketika pulang ke kampung atau beraya ke rumah sahabat handai sebagai tanda menghargai tuan rumah.

Begitu juga dengan wanita ini yang teruja menyediakan rendang paru buat keluarga besarnya, lebih-lebih lagi selepas sudah sekian lama dia tidak berpeluang meraikan lebaran di kampung.

“Aku dah lama tak balik kampung, ada dekat tiga hingga empatkali raya tak balik sebab faktor kewangan. Maklumlah tak kaya. Kereta pun tak ada.

Pelbagai juadah yang dihidangkan menjadi penyeri ketika meraikan lebaran. -Gambar hiasan

“Tahun ni Alhamdulillah adik aku bagi pinjam kereta dia. Aku balik lepas solat raya. Nak dijadikan cerita tahun ni aku bawalah juadah rendang paru. Sebab family aku suka sangat rendang baru.

“Tiba je dekat kampung, letak atas meja. Sedihnya, tak terusik langsung rendang tu sampai aku cakap…cubalah rasa rendang ni,” kongsinya dalam satu hantaran di laman sosial.

Menurut wanita tersebut, selepas mempelawa dalam keadaan terpaksa, hanya ibu, kakak dan abang iparnya sahaja yang menjamah rendang paru hasil air tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pinjam duit saudara bayar tunggakan kereta, diri jadi modal mengumpat masa raya… Tak siapa pandang pengorbanan jaga atuk, nenek

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah mak jadi ‘port’ balik kampung, saudara-mara bertandang macam tetamu kehormat… Langsung tak tolong di dapur!

“Yang ada lain-lain tu siap cakap…jemulah tengok rendang paru. Tersentak aku. Bukan lauk aku banyak pun.

“Jadi lauk paru yang tak berusik sangat tu, aku campak je dalam tong sampah,” luahnya lagi.

Dah tahu, lepas tak payah dah bawa apa-apa.

NETIZEN

Biar pun insiden berkenaan sudah lebih seminggu berlalu, tetapidia masih terkesan kerana usahanya sama sekali tidak dihargai.

“Nak bagi duit raya, tak mampu. Lepas ni memang tak nak balik kampung dah. Entahlah… memang benda kecil tapi bagi impak besar untuk aku,” akhirinya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan memberikan kata semangat agar dirinya tabah.

Netizen memberikan kata semangat buat individu berkenaan.

“Itulah namanya select. Saya selalu je kena dengan orang tersayang. Entahlah mungkin saya tak pandai masak.

“Jangan ambil hati ya. Anggap je mereka tak tahu makan.

“Bawa dekat rumah orang yang menghargai masakan kita. Dah tahu, lepas tak payah dah bawa apa-apa,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top