RSS Suria

Aliff Syukri dah nasihat ahli keluarga, jaga aib tak suka hal dalam rumah viral

SERING diajukan soalan mengenai hal yang berlaku dalam keluarga, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak terbuka mengenai perkara itu.

Malah, Aliff, 38, juga memberitahu dia sudah menasihati keluarganya agar tidak berkongsi perkara tersebut kepada umum memandangkan mereka dikenali ramai.

“Saya sudah menasihati, sudah cakap baik-baik antara konflik keluarga. Adatlah ada yang cakap itu ini, tapi saya selalu pesan mak saya sendiri kalau boleh hanya keluarga-keluarga saja.

Aliff dan ibunya sememangnya akrab bersama.

“Tak kisahlah belah A, B, pembantu rumah, ipar duai ke. Kalau ada masalah kita dengan kita-kita saja jangan sampai viral. Bila sudah viral terbuka aib orang A, orang B, saya tak suka!” katanya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika melakukan siaran langsung di TikTok miliknya.

Dalam hal ini, Aliff berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai masalah dalaman keluarga kerana menganggap ia bersifat peribadi.

Pun begitu, Aliff memberitahu mereka dalam keadaan baik dan dirinya gembira dikelilingi ahli keluarga tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN:Bonda Rozita tak sanggup jaja aib perkahwinan terdahulu, enggan jadi asbab susah masuk syurga

ARTIKEL BERKAITAN:Tak lagi sorok-sorok, Bonda Rozita kongsi foto bersama suami baharu di Makkah

“Walaupun saya nampak bodoh-bodoh macam ini tapi saya memang menjaga. Saya ini orangnya mahu menjaga keluarga saya, saya tak akan cerita aib orang… orang tak layan saya ke. Orang lupa diri ke. Tak ada!

“Apa yang saya boleh ulas keluarga kami baik-baik saja, keluarga kami bahagia. Mak saya baik, adik saya baik… kakak saya baik. Saya gembira dengan keluarga saya. Itu saja saya nak ulas.

“Saya tak pernah cerita keburukan sesiapa, orang luar tak tahu apa kami rasa,” luahnya.

Rozita bersama suami baharunya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwan sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya berpisah dengan suami terdahulu.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu.

Sejak itu keluarga ini dilihat saling mengeluarkan kenyataan berkias di media sosial masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top