RSS Suria

Setiap tahun dapat tawaran buat konsert tapi Fauziah Latiff belum sedia

SERING menerima tawaran mengadakan konsert, penyanyi Fauziah Latiff bagaimanapunmempunyai alasan tersendiri untuk menolak peluang yang mahu diberikan itu.

Memikirkan soal persiapan, Fauziah, 55, berkatadia perlu meneliti setiap aspek kerana mahumemberikan yang terbaik buat peminat.

“Hampir setiap tahun ada sahaja syarikat penganjur beri tawaran untuk mengadakan konsert. Tapi saya takut… belum lagi terfikir nak adakan konsert.

Fauziah amat teliti dalam merancang konsert.

“Untuk konsert sebegitu perlu persediaan rapi dan ambil masa mungkin tigahingga enam bulan. Kalau ikut pengalaman saya tahu ia bukan mudah. Saya juga ambil serius dalam setiap perkara,” katanya kepada mStar.

Fauziah ditemui ketika majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Srikandi yang berlangsung di Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Enggan ini juga menyedari ramai peminat ternanti-nanti kemunculan karya baharunya.

ARTIKEL BERKAITAN:Suara tak sama seperti dulu… Fauziah Latiff syukur tiada kecaman, minta terima kekurangan diri

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 30 tahun dalam industri… Fauziah Latiff lebih percaya bakat daripada jumlah ‘follower’ IG

Masih mencari peluang dan karya terbaik, Fauziah juga memberitahu dia terbuka sekiranya dapat bekerjasama dengan mana-mana penyanyi lain.

“Saya terbuka untuk berkolaborasi. Jika ia dapat memberi sesuatu kepada peminat, itu yang saya mahukan.

“Untuk lagu baru, saya masih lagi menanti sebuah karya yang bagus. Sebelum ini pernah cakap nak rakam lagu tetapi belum ada rezeki ke aras itu,” ujarnya.

Kalau ikut pengalaman saya tahu ia bukan mudah

FAUZIAH LATIFF

PENYANYI/PELAKON

Sementara itu bercakap mengenai dunia lakonan, Fauziah juga memberitahu dia amat selektif dan hanya menerima satu tawaran dalam setahun.

“Ada juga tawaran yang saya tolak mungkin disebabkan masa kurang sesuai. Keutamaan saya sekarang adalah menjaga ibu di rumah.

“Kebiasaannya memang setahun hanya satu drama. Setiap tawaran adalah tanggungjawab dan saya perlu memberi tumpuan penuh,” jelasnya.

Barisan pelakon drama Srikandi.

Dalam drama Srikandi, Fauziah memgang watak sebagai Bonda Sultanah yang kehilangan anaknya iaitu Sultan Zainal Abidin (lakonan Luqman Hafidz).

Drama ini merupakan adaptsi daripada puisi Siti Zubaidan dan akan diarahkan oleh Wan Mohd Afzam untuk tayangan di saluran RTM1 pada 31 Ogos nanti.

Pelakon lain yang turut terlibat adalah Farali Khan, Amalina Arham, Datuk Fauziah Nawi, Catriona Ross, Khatijah Tan dan Fendy Bakry.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top