SETIAP kali Aidilfitri, pasti ada saja kisah mengenai tetamu datang beraya yang membuatkan darah tuan rumah ‘mendidih’.
Sepatutnya hari raya menjadi masa terbaik untuk sanak saudara dan sahabat handaiberkumpul dan mengeratkan hubungan tetapi malangnya adajuga tetamu yang mulut ‘laser’.
Seperti mana dialami seorangwanita, dia meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya bersusah payah menyediakan juadah raya seawal pagi, namun dibalas dengan kata-kata yang tidak sepatutnya daripada tetamu yang juga saudara sendiri.
“Bayangkan aku dan mak bangun pukul 4 pagi demi masakuntuk tetamu beraya 13 kereta. Lebih kurang 40 hingga 50 orang.
Tetamu perlu menjaga adab ketika datang beraya. -Gambar hiasan
“Memang pulun habis, ayah pun bantu. ‘Tercabut’ kaki. Ni bukan open house tapi memang saudara besar. Sudah kenyang, duduk-duduk lepak. Aku cakap tahun depan mak tak dapat cuti raya sebab kerja.
“Tiba-tiba ada satu hamba Allah cakap, cepatnya tahu jadual cuti? Aku jawab tempat kerja mak dah kasi jadual awal-awal. Insan tu jawab, Sempat ke? Jangan-jangan dah mati (tahun depan),” jelasnya.
Wanita itu mengakui dia berasa sangat marah mendengarkata-kata tersebut, seolah-olah mendoakanperkara buruk kepada ibunya.
Tidak dapat menahan perasaan, dia terus masuk ke dapur sambil membebel sendiri.
Baginya, biarpun sesetengah orang menganggap kata-kata itu sebagai gurauan namun dia berpandangan perkara berkaitan hidup dan mati bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita tak terima kanak-kanak datang beraya! Sofa baru beli terbakar, ada budak main mercun dalam rumah
ARTIKEL BERKAITAN:‘Susah’ balik kampung sebab ada BMW, wanita bawa pulang SUV murah! Ramai harap duit raya, tak bagi kena perli
“Kita nak raikan dia punya fasal, seminggu awal sudah sediakan lauk. Beli itu ini, masak tiga jenis lauk siap buah rock melon manis. Bukan main elok kami jamu kamu.
“Kami kalau orang datang memang all out sediakan lauk sedap tapi boleh pula dia meneka mati tahun depan. Menggelegak dengar. Aku memang tarik muka terus ke dapur.
“Sambil cakap dah tua-tua pun suka mencarut, Nauzubillah. Tak kisah la orang anggap biadab ke apa. Kurang ajar! Tak padan tua tinggal gusi.
“Kami masak bersungguh-sungguh, sediakan makanan yang terbaik, layanan pun elok. Tapi bila dah kenyang, boleh pula meneka ajal orang! Menggelegak darah dengar,” katanya, geram.
Dah bagi mencekik, perut dah kenyang… sampai hati dia cakap macam tu.
NETIZEN
Lebih menyakitkan hati, kejadian lain turut berlaku pada hari yang sama apabila seorang saudara lelaki mengeluarkan kenyataan kurang enak mengenai perkahwinan seorang ahli keluarga yang tiada di situ.
“Atuk sedara datang dengan isteri baharu. Isteri dia yang sebelum ni dah lama meninggal. Yang baru ni mungkin kahwin tak sampai lima tahun. Tapi isteri dia ada masalah lutut, nak jalan pun kena papah.
“Lepas famili (datuk saudara) balik dulu, dia boleh cakap dengan kami ada ke pergi cari bini baru macam tu?Maksudnya tua dan sakit. Apa yang kurang ajar sangat si polan ni,” katanya lagi.
Komen netizen mengenai perkara dikongsikan pengadu.
Akibat terlalu marah dengan kata-kata dan mentaliti toksik seperti itu, wanita berkenaan nekad untuk tidak lagi menjemput individu bergelarwarga emas ke rumahnya pada tahun hadapan.
Hantaran dikongsikan ini turut meraih pelbagai reaksi netizen di media sosial yang memahami perasaannya.
“Sis kalau ada baki cili memasak tadi, elok cilikan mulut puaka yang tak ada insurans tu. Dah bagi mencekik, perut dah kenyang… sampai hati dia cakap macam tu.
“Sebab tu kalau datang sebagai tetamu, jaga la lidah dan tutur bicara. Intonasi, bentuk ayat, cara percakapan kena ikut cara yang betul. Jangan sampai tuan rumah kecil hati,” komen beberapa netizen.