SUSULAN kes sumbang mahram yang berlaku di Kelantan, penerbit dan pengarah Erma Fatima bimbang dengan sikap masyarakat yang disifatkan sebagai ‘sakit’.
Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata, dia tidak faham mengapa ada tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap ahli keluarga sendiri.
Disebabkan itu, Erma berharap masyarakat dapat membuka mata tentang realiti yang cuba diangkat dalam drama terbitannya Keluarga Itu.
Erma menggesa kerajaan bertindak membendung masalah sumbang mahram dalam masyarakat.
“Bila aku buat drama ini, korang kutuk kata menjijikkan tapi ini realiti di luar sana.
“Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya.
Erma berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Erma Fatima tiada niat persenda agama, dua drama kontroversi papar realiti sebenar… Cukuplah kisah penyondol!
ARTIKEL BERKAITAN:Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat! Polis dedah budak lelaki 11 tahun hamilkan sepupu
Dalam pada itu, Erma turut menggesa pihak kerajaan melakukan tindakan sewajarnya bagi membendung kes sumbang mahram daripada terus menular.
“Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya.
Pada Rabu, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Mohd Yusoff Mamat memberitahu kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan tahun lalu mencatatkan sebanyak 252 kes manakala tahun sebelumnya 206 kes.
Menurutnya, kes dari Januari hingga Mac tahun ini meningkat sebanyak 15.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.
Umie merupakan teraju utama dalam Keluarga Itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial berkenaan drama terbitan Erma iaitu Keluarga Itu menjadi bualan netizen.
Hal ini disebabkan Erma secara terbuka memaparkan isu sumbang mahram yang berlaku dalam drama tersebut.
Drama dibintangi barisan pelakon Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Puteri Balqis dan Amir Ahnaf ini sedang disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad di TV3.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!