RSS Suria

Pakcik e-hailing bawa isteri teman bekerja, penumpang terkejut dilayan istimewa – “Murahkan rezeki orang baik ini ya Allah”

PENUMPANG yang sering menggunakan perkhidmatan e-hailing pastinya pernah berdepan dengan pelbagai jenis atau sikappemandu.

Di TikTok, seorang gadis tular selepas berkongsi kisah seorang pemandu di Kelantan yang datang menjemputnya sambil membawa isterinya bersama.

“Aku tempah e-hailing dari Kota Bharu ke Bachok. Lepas je order, pakcik tu hubungi dan tanya saya (nak naik) berapa orang? Jadi saya jawab, saya seorang saja.

meet with residents complaining about cars parking around the entrance to the flyover to Bandar Puteri Puchong. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Ramaimenggunakan perkhidmatan e-hailing kerana memudahkan urusan. -Gambar hiasan

“Kemudian bila pakcik tu sampai, saya masuk kereta agak terkejut sebab nampak pakcik ni bawa isteri dia sekali.

“Tapi tak apa, itu bukan masalah besar bagi saya, nampak sweet pula,” ujarnya memulakan cerita.

Menurut gadis itu, dia menerima layanan baik daripada pasangan suami isteri itu sepanjang 45 minit perjalanan.

Harga tambang RM36, tapi pakcik tu kata tak apa, RM30 saja.

PENUMPANG

Paling mengejutkan, dia bukan sahaja diberi diskaun tambang, malah turut menerima duit raya daripada isteri pemandu itu.

“Sepanjang perjalanan, makcik tu banyak tanya saya belajar kat mana, ambil bidang apa, dah berapa lama belajar, kampung kat mana… Saya jawab saja dengan jujur.

“45 minit berlalu, saya akhirnya tiba ke destinasi. Harga tambang RM36, tapi pakcik tu kata tak apa, RM30 saja. Saya tolak tapi pakcik tu berkeras.

ARTIKEL BERKAITAN:Percaya rezeki Allah, kata-kata warga asing ini bikin pemandu e-hailing sebak… Masih mampu ketawa walau 5 bulan majikan tipu gaji

ARTIKEL BERKAITAN:Pemandu e-hailing ditimpa musibah di awal Ramadan… Duit gaji RM1,000 tercicir, selang 2 hari tayar baru pula bocor!

“Sebelum keluar kereta, saya salam makcik tu dan rupanya kat tangan makcik tu ada RM10 dan dia secara sembunyi beri pada saya.

“Murahkan rezeki orang yang baik ni Ya Allah,” cerita gadis ini lagi yang bergelar pelajar.

Perkongsian yang dimuat naik gadis itu menerima hampir setengah juta tontonan dan turut dihujani komen netizen yang memuji sikap baik pasangan itu.

A women driving while using a mobile phone. Traffice police will strictly enforce the law againtsmotorists caught using their handphone while driving.(17/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Kewujudan e-hailing memudahkan urusan mereka yang tidak memiliki kenderaan sendiri. -Gambar hiasan

“Dia bawa isteri sebab takut fitnah kot, dia bawa awak seorang saja dalam kereta tu. So sweet.

“Tak tahu kenapa sedih baca kisah ni. Awak pun baik hati dik. Sebab tu Allah bagi awak jumpa pakcik ni.

“Pakcik makcik tu layan awak macam hantar anak dia pergi kolej je,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top