BIARPUN sudah memasuki tahun 2025, masih ada individu yang tidak mempunyai common sense lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal rezeki seseorang.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa sedih gara-gara terkesan dengan komen yang dilontarkan kenalannya di laman sosial berhubungisu zuriat.
Menurut wanita tersebut, ia bermula apabila dia meninggalkan komen pada satu gambar yang dimuat naik oleh kenalannya itu di laman sosial.
Setiap wanita yang berumah tangga mempunyai impian untuk menghadiahkan zuriat buat suaminya. -Gambar hiasan
“Saya ada komen dekat status salah seorang kenalan masa sekolah dulu. Dekat status tu, dia post gambar dia dan anak dia. So saya pun komen ‘comelnya **** (nama anak kenalan)’.
“Tahu tak dia reply apa? Iyalah, nak tunggu anak awak lambat lagi. Apa salah saya?,” tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Wanita tersebut berkata, kejadian itumasih memberi kesan mendalam biarpun sudah hampir tujuh tahun berlalu, lebih-lebih lagi dia kini sedang berada dalam fasa trying to conceive (TTC).
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti
ARTIKEL BERKAITAN:Dulu masa TTC bukan main akrab, selalu luah perasaan… Dah ada 4 anak wanita terus tak balas mesej sahabat, hamil pun nak sorok
“Mungkin dia nak bergurau. Tapi kita jenis cepat sentap. Terus merajuk tak nak puji-puji anak dia dah.
“Kejadian tujuh tahun lepas, masa tu tak kahwin lagi. Sekarang dah kahwin dan masih TTC. Doakan saya,” ujarnya.
Biarpun tertanya-tanya di mana silapnya sehingga dibalas dengan kata-kata sedemikian, wanita tersebut berkata dia berlapang dada dan menganggap ia sebagai pengajaran untuk dirinya sebelum meninggalkan komen pada masa hadapan.
Mungkin dia nak bergurau. Tapi kita jenis cepat sentap.
PENGADU
“Lepas kejadian tu, dah takut nak puji anak orang melainkan mak budak tu orang yang kita betul-betul kenal. Risau juga takut orang tak suka kita,” tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan dan mendoakannya supaya dikurniakan rezeki zuriat.
Netizen memberikan kata semangat buat wanita berkenaan.
“Good luck untuk TTC awak. Semoga Allah kurniakan cahaya mata yang comel lotey sebagai penyeri hidup. Bersabar dan terus berdoa.
“Ignore je sis. Tak berbaloi berbalas komen dengan orang macam tu.
“Sabarlah sis. Jenis orang mulut celupar macam ni memang kejap je Allah bagi peringatan. Selalu macam itulah,” demikian antara komen netizen.