PEMERGIANpasangan sehidup sematiselalunya meninggalkan kesan dan kekosongan hati yang amat mendalam.
Namun, tidak semua individu yang ditinggalkan mampu menjalani hari-hari sepibersendiria sebaliknya memerlukan kehadiran orang baharu bagi mengisi kekosongan hati.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak percaya apabila mengetahui bahawa ibu mentuanya menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki warga asing, tidak lama selepas pemergian suami.
Wanita yang kehilangan suami pasti mengimpikan perhatian dan kasih sayang.
Apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dikatakan jauh lebih muda daripada ibu mentuanya yang kini berumur 75 tahun.
“Bapa mentua saya baru meninggal tanah kubur pun merah lagi. Turns out semalam saya terdengar ibu mentua bergayut dengan lelaki Banglasatu kilang dengan dia.
“Ibu mentua ingat, saya dah tidur dalam bilik jadidia cakap tak cover suara langsung. Ataupun Allah nak tunjuk? Dia cakap tentang hati dan perasaan.
ARTIKEL BERKAITAN:Makan hati nikah duda! Bekas isteri suami asyik menempel dengan famili mentua, ‘try hard’ jadi menantu kesayangan
ARTIKEL BERKAITAN:Nak nikah duda, wanita ‘seram’ tengok bakal mentua asyik kutuk bekas menantu… Tak mustahil terima nasib sama
“Dia ada cakap nak seseorang yang boleh jaga dia tapi bukan anak-anak. Apa yang kami patut buat sebagai anak, suami saya anak tunggal?” ujarnya.
Enggan berdiam diri, wanita itu segera memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya sebelum keadaan menjadi semakin rumit.
“Saya terus bagitahu suami saya dan dia cakap patutlah dekat office tak sedap hati. Dia betul-betul sedih and kecewa.
Semalam saya terdengar ibu mentua bergayut dengan Bangla satu kilang dengan dia.
MENANTU
“Kami tak tahu perkara apa yang terbaik? Nak benarkan hubungan pun tapi dengan Bangla yang lebih 10 tahun lagi muda,” katanya, buntu.
Difahamkan, ini bukan kali pertama ibu mentuanya bertindaksedemikian kerana sebelum ini, mereka juga pernah kantoi mempunyaihubungan sulit ketika bapa mentuanya masih hidup.
Lebih mengejutkan, ibu mentua pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai dan berkahwin dengan lelaki tersebut jika diberi peluang.
Komen netizen di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, kisah tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen malah rata-rata berpendapat lelaki wargaasing terbabit hanya mahu mengambil kesempatan ke atas ibu mentuanya.
“Bangla tu nak ambil kesempatan je pun, mahu kikis duit ibu mentua awak.
“Ehsendiri yang angau nak ubat apa?
“Selamatkan ibu mentua awak! Dia sunyi tu lepas kematian suami, memang ada orang jenis tak boleh hidup seorang,” antara komen netizen.