RSS Suria

Setahun bercinta, wanita rupanya terjerat ‘rebound relationship’ dengan suami orang! Syukur dapat petunjuk lepas solat tahajud

TIDAK semua perkenalan atau hubungan yang terjalin akan berakhir dengan indah mengikut perancangan.

Bagi seorang wanita, alangkah terkejutnya apabila dia mendapat tahu lelaki yang dikenalinya selama setahun rupa-rupanya suami orang.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita tersebut memaklumkan dia mengetahui tentang hal itu selepas si jejaka berkenaan tampil berterus terang.

Seorang lelaki mengaku suami orang selepas setahun berkenalan. -Gambar hiasan

“Salah satu doa yang saya baca semasa solat tahajud Allah ‘jawab’,” ujarnya dalam satu perkongsian di media sosial.

Menerusi muat naik yang sama, dia turut berkongsitangkap layar mesej WhatsApp menunjukkan pengakuan jujur yang dihantar lelaki berkenaan.

Salam, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya nak beritahu sebenarnya saya ni suami orang. Anak saya dah tiga. Maaf kalau awak marah, sebelum apa-apa saya nak jujur je.

Awak baik, saya tak layak pun. Saya doakan ada yang lebih baik untuk awak. Ada sebab saya macam ni. Keadaan rumah tangga saya tak menentu.

ARTIKEL BERKAITAN:8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita pelik suami kerap VC bekas isteri, guna alasan nak tengok anak… Apabila tegur kena ‘cop’ cemburu, tiada sifat keibuan

Apabila hilang kasih sayang, macam tu la jadi. Pasal tu saya hilang… kejap ada, kejap tak ada. Saya minta maaf lagi sekali,” demikian mesej yang dihantar lelaki tersebut.

Sungguhpun demikian, wanita itu berkata diatidak terkejut dengan pengakuan yang dibuat.

Kata pengadu, sejak awal firasatnya mengatakanbahawa lelaki berkenaan menyembunyikan sesuatu.

Doa yang saya baca semasa solat tahajud Allah ‘jawab’.

PENGADU

“Sebenarnya dari mula saya dah dapat rasa. Cuma saya tunggu awak jujur je. Sangkaan saya betul,” balas wanita itu.

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan lelaki tersebut kerana sudiberterus terang.

Namun pada masa sama, mereka berpendapat dia seharusnya memperbaiki rumah tangga terlebih dahulu berbanding mencari kebahagiaan di tempat lain.

Antara komen netizen di media sosial.

“Lelaki ni… itulah kelemahan, kekurangan. Asal ada masalah rumah tangga je cari jalan mudah. Kebanyakan macam tu, bukan semua. Alhamdulillah Allah selamatkan awak.

“Daripada betulkan rumah tangga sendiri, pergi tambah masalah lain. Tipikal.

“Alhamdulillah Allah selamatkan awak daripada manusia macam ni. Buang masa dan tenaga,” ujar beberapa netizen.

Scroll to Top