SELEPAStiga tahun mendirikan rumah tangga, seorang wanita baru menyedaridirinya bukanlah isteri yang didambakan suami.
Bergelar ibu juga jauh sekali kerana wanita berusia lewat 20-an itu belum merancang mempunyai anak kerana dia dan suamimengalami masalah kewangan yang teruk.
Keperitan itu mula dirasai apabilasuaminya mengambil keputusan mengejut untuk berhenti kerja selepas mereka berkahwin.
“Suami aku dulu kerja gaji lebih RM3,000. Tapi lepas kahwin, dia berhenti tanpa bincang dengan aku.
“Dia guna duit simpanan buka bisnes dengan famili, tapi semua lingkup. Loan pun banyak, sampai nama ‘tak cantik’, akhirnya kena masuk AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit),” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Perkahwinan bahagia diimpikan setiap pasangan. -Gambar hiasan
Ketika itu, dia yang baru tamat pengajian mendapat peluang pekerjaan di Singapura.
“Tapi tak tahan, mental breakdown. Aku suruh dia kerja sana, dia tak nak dengan alasan penat, tak ada transport.Aku pun cari kerja dekat rumah, gaji RM2,000.
“Tapi semua aku yang bayar dari rumah, kereta, bil hingga minyak.Dia pula masih dengan bisnes yang tak ada untung, janji nanti ada duit dia kasi aku, tapi habis macam tu saja,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Duit tinggal RM106 lepas balik kampung, gaji lambat lagi… Isteri sibuk ‘susun’ rumah sana sini nak pergi beraya
ARTIKEL BERKAITAN:Suami tengah makan ketupat terus hempas pinggan! Panas telinga isteri membebel di rumah orang – “Barang dapur, baju anak aku beli”
Bukan sekadar itu, dia juga pernah memohon pinjaman bank semata-mata untuk membantu melangsaikan hutang suaminya.
“Dia cakap nak langsai hutang, last-last aku juga yang kena bayar. Apa-apa pinjaman dengan famili, nama aku jadi jaminan.
“Setiap bulan aku dengar ayat ‘Tolong bayarkan dulu, nanti aku ganti‘. Dah bertahun macam ni, tapi dia tak berubah.
Aku sayang dia, tapi kalau sampai aku yang tanggung semuanya, aku masih perlu bertahan ke?
ISTERI
“Bila dia dapat duit daripada akaun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) pun, satu sen tak masuk dekat aku. Semua duit ada saja alasan nak guna,” jelasnya.
Bercerita lanjut,wanita itu mendedahkan dia terpaksa melakukan tiga kerja kerana hidupnya sengsara jika masih bergantung harap pada suaminya.
Setiap individuperlu mencari rezeki kerana mempunyai komitmen dan tanggungjawab. -Gambar hiasan
Namun lama-kelamaan, dia mula merasakan suaminya mengambil kesempatan keatas dirinya terutama dari segi kewangan, seolah-olah dia adalah’bank bergerak’.
“Kalau duit aku sendiri pun dia asyik minta, sampai bila aku boleh bertahan? Aku pernah doa waktu balik kerja, kalau kemalangan pun tak apa, sebab aku dah terlalu penat.
“Sekarang aku nak buat plan sendiri. Aku nak tipu gaji aku, nak simpan duit tempat lain, sebab aku dah tak boleh percaya dia bab kewangan.
“Aku sayang dia, tapi kalau sampai aku yang tanggung semuanya, aku masih perlu bertahan ke?” luahnya.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga supaya tidak mengambil mudahaspektanggungjawab dan kewangan.
“Buat yang belum berkahwin, aku nak pesan satu benda jangan buta kerana cinta. Sebelum kahwin, bincang betul-betul tentang kewangan, kerja, tempat tinggal, tanggungjawab masing-masing.
“Jangan main redah dan berharap semuanya akan okay lepas kahwin. Sebab kalau tersilap pilih, hidup kau bukan sekadar susah, tapi boleh jadi sengsara bertahun-tahun.
“Kahwin bukan sekadar cinta, tapi tentang usaha dua-dua pihak. Jangan sampai kau seorang saja yang berjuang, sampai kau sendiri tak tahu kau ni isteri atau ‘bank bergerak’,” tegasnya.