PENYANYI (G)I-DLE dan BamBam yang juga anggota kumpulan GOT7 bakal mengadakan konsert sulung di lokasi ikonik di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan, kedua-dua bintang popular ini bakal menjanjikan pengalaman muzik yang tidak akan dilupakan peminat.
Pihak penganjur iaitu Live Universe komited dalam menjadikan persembahan itu nanti sebagai pengalaman tiada tandingan kepada peminat kpop di Malaysia.
(G)I-DLE dan BamBam menjanjikan persembahan terbaik buat peminat.
“Sebagai tuan rumah (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang,” ujar wakil penganjur kepada mStar.
Ditubuhkan pada 2018 di bawah Cube Entertainment,
meraih populariti global dengan gaya muzik yang unik dan persembahan dinamik.
Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli iaitu Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua.
ARTIKEL BERKAITAN:Kekecewaan peminat terubat, konsert 2NE1 di Kuala Lumpur 1 Februari 2025
ARTIKEL BERKAITAN:Kiss Of Life akhirnya ke Asia, konsert di Kuala Lumpur 13 April 2025
Antara lagu popular mereka termasuklah Latata, Oh My God dan Tomboy yang menjadi siulan peminat.
Manakala BamBam tidak perlu diperkenalkan lagi yang cukup berbakat bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi rapper dan penari.
Sepanjang bersama GOT7 pada 2014, BamBam menjadi perhatian kerana keunikan gaya dan persembahan dinamik setiap kali berada di atas pentas.
(G)I-DLE hadir menghiburkan peminat Malaysia.
Pada Jun 2021, BamBam memulakan kerjaya solo dengan pelancaran EP sulungnya, riBBon yang menjadi simbol kelahiran semula beliau sebagai artis.
Konsert pada Jun depan merupakan kemunculan kedua BamBam di Malaysia dan pernah mengiburkan peminat pada 2023.
Peminat boleh membeli tiket konsert berkenaan di laman web Ticket2U bermula 16 April ini, pukul 12 tengah hari.
Harga tiket pula dijual menerusi enam kategori yang bermula RM294 sehingga RM1,098.
Peminat yang membeli tiket awal (early bird) akan menerima diskaun 10 peratus ke atas harga tiket asal bagi setiap kategori.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!