RSS Suria

Sama-sama mengaku bujang, tak sangka isteri orang sanggup serah tubuh kepada BF PUBG! – “Awalnya merenyam dalam video call”

PERMAINAN video dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang diperkenalkan pada 2017 masih lagi menjadi kegilaan sehingga ke hari ini.

Malah, tidak dinafikanramai pemain PUBG turut berkawan dan menjalinkan hubungan selepas mereka berkenalan secara maya melalui platform popular itu.

Di laman X, seorang individu mendakwa PUBG turut menjadi ‘lubuk’ kepada hubungan terlarang termasuklah dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga.

KHALWAY POSED PHOTO...

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca musnahnya sesebuah hubungan. -Gambar hiasan

“Seronok main PUBG tapi yang tak seronoknya ramai suami orang mengaku duda dan bujang. Bini orang pula mengaku janda atau bujang. Kemudian cari lover di PUBG.

“Tapi bukan sekadar hubungan di online ya, merenyam dalam video call dan ada juga sampai bertemu di luar, ‘makan’ sama-sama.

“Perempuan ni pula ‘payungkan’ sesuatu dia setiap kali boyfriend online tu datang ke tempatnya. Boyfriend online tu tak tahu yang dia ‘main’ tu ialah bini orang,” tulis individu itu.

Tak dinafikan ada je pasangan yang berkahwin disebabkan berkenalan di game PUBG.

PELAYAR X

Dakwanya lagi, ada juga dalam kalangan pemain PUBG yang sudah memiliki cahaya mata, namun berlaku curang dengan teman baharu yang dikenali secara maya.

Namun di sebalik kisah-kisah negatif itu, dia berkata ada juga pasangan yang mendirikan rumah tangga selepas berkenalan melalui PUBG.

“Ada juga lelaki yang ‘cukur’ duit perempuan di PUBG. Di PUBG, perempuan itulah kekasihnya tapi di alam realiti, si lelaki dan kekasihnya sebenarnya dah ada anak masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN:Dahsyat ketagih PUBG! Ibu 6 anak pentingkan game, syok buat ‘live’ nak dapatkan ‘gift’… Sudahnya merana hidup menjanda

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan biasa-biasa! Wanita viral bawa pesawat ‘jalan-jalan’ di lapangan terbang rupa-rupanya streamer PUBG

“Ada juga laki orang kata game ni hanya dunia tipu-tipu. Jadi dia rasa tak salah luang masa main game terutamanya selepas penat bekerja.

“Tak dinafikan ada je pasangan yang berkahwin disebabkan berkenalan di game PUBG. Jadi tak semuanya dark, ada yang manis-manis juga,” tulisnya lagi.

Perkongsian kisah itu turut menerima pelbagai reaksi netizen di platform X.

“Perempuan kat PUBG pun gedik-gedik, menyampah aku dengar suaranya.

First Interview and photoshoot PUBG players for cover story at Nabe Korean Bakery. AZMAN GHANI / The Star

PUBG merupakan antara permainan yang popular dalam kalangan gamers di Malaysia. -Gambar hiasan

“Serius sampai macam tu sekali? Aku main PUBG mute microphone je dulu-dulu.

“Aku daripada dulu main PUBG. Masa bujang ada je main PUBG dengan laki orang tapi kena tahu batasan, jangan bawa sampai ke dunia luar.

Untuk rekod, permainan PUBG mempunyai ciri komunikasi dalam talian yang mana pemain boleh berinteraksi antara satu sama lain menggunakan mikrofon.

Ini membolehkan mereka berinteraksi secara langsung semasa bermain.

Scroll to Top