RSS Suria

Ruhainies bagi duit raya kepada 10 peminat bertuah, hanya minta balasan doa

PELAKON Ruhainies bermurah hati memberikan duit raya kepada peminat terpilih sempena meraikan Aidilfitri tahun ini.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, berkata, dia berharap dengan pemberian itu dapat digunakan sebaik mungkin oleh penerima.

Tambah Ruhainies, dia juga berharap peminat mendoakan terbaik untuk dia kerana percaya salah satu doa dikirimkan akan diangkat Allah SWT.

Kenyataan Ruhainies yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Kenyataan Ruhainies yang dimuat naik di Instastory miliknya.

“Kepada yang sudah menerima duit raya daripada saya, saya harap dapat membuatkan awak semua tersenyum seperti saya bahagia hari ini.

“Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tetapi saya senang melihat anda semua gembira. Saya minta doakan saya supaya saya boleh memberi lebih banyak lagi. Insya-Allah.

“Saya tak tahu antara doa siapa diangkat. Rezeki orang dapat hari ini sebenarnya sudah tertulis. Siapa tak dapat jangan sedih, ada rezeki nanti saya kongsi lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Misi selawat 40 hari hampir selesai, Ruhainies rasai pelbagai perubahan

ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies sentiasa bawa tasbih digital, amal selawat cari ketenangan… Syukur rezeki mencurah-curah

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Sebelum itu, Ruhainies memberitahu dia menerima banyak kiriman mesej di Instagram (DM) daripada peminat meminta duit raya untuk membeli keperluan harian.

Kata Ruhainies, dia cuba menunaikan permintaan tersebut dan memilih 10 peminat bertuah yang meninggalkan komen di ruangan Instagram miliknya.

“Saya terima banyak DM nak duit raya. Comel la korang (peminat). Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam-macam lagilah.

Ruhainies mohon peminat mendoakan terbaik buat dirinya.

Ruhainies mohon peminat mendoakan terbaik buat dirinya.

“Sayangku, saya cuma nak kongsi duit raya tidaklah sampai beribu-ribu ringgit seorang. Pengsan saya kalau macam ini.

“Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurang-kurangnya 10 orang.

“Saja suka-suka, cukuplah nak beli aiskrim atau mainan anak-anak,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top