PENGACARA Neelofa sebak dengan penyatuan di antara penyanyi Aisyah Aziz dengan Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail yang diadakan di Singapura pada Jumaat lalu.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata, dia juga gembira dapat menjadi sebahagiaan hari pernikahan Aisyah dan abang iparnya itu.
“Berlepas ke Singapura untuk meraikan rasa cinta bersama keluarga.
Neelofa tumpang gembira dengan pernikahan abang iparnya bersama Aisyah.
“Saya begitu gembira kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa Aisyah dan abang ipar saya, Alhamdulillah,” katanya.
Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam hantaran dibuat, Neelofa berkongsi video blog atau ‘vlog’ memaparkan perjalanannya ke Singapura bersama suami iaitu Mohd Haris Ismail.
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz sah bergelar isteri, jejaka asal Malaysia pilihan hati
ARTIKEL BERKAITAN:Jarang Neelofa ungkap kata-kata romantis, luah perasaan terhadap suami di IG
Pengacara berkenaan turut mengabdikan momen pernikahan Aisyah dan Dr Amir yang diadakan di sebuah masjid di Singapura.
Menerusi perkongsian itu juga, Neelofa dilihat mengalirkan air mata menahan sebak kerana dapat menyaksikan hari istimewa pasangan mempelai.
Pada Jumaat, Aisyah selamat bergelar isteri kepada Dr Amir yang merupakan abang suami Neelofa.
Neelofa sebak menyaksikan pernikahan Aisyah dan abang iparnya.
Berita gembira itu dikongsi media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook.
Pada Februari lalu, Aisyah berkongsi khabar gembira memaklumkan bakal menamtkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dalam masa terdekat.
Penyanyi berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut dan memberitahu bakal suaminya bukanlah seorang penggiat seni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!