KEBANYAKAN individu pasti sedia maklum bahawa gaji adalah topik yang sangat sulit untuk dikongsi, apatah lagi didedahkan kepada umum.
Bukan sekadar sesama rakan kerja, malahia sewajarnya dirahsiakan daripada pengetahuan ahli keluarga.
Namun berlainan pula dengan situasi yang dialami seorang individu ini yang mendakwa, gajinya menjadi buah mulut rakan sekerja gara-gara keceluparan seorang kakitangan jabatan sumber manusia (HR) di tempatnya bekerja.
“Usah sesekali percayakan HR anda! HR dedahkan gaji saya dekat staf lain. Lepas tu, baru masuk (kerja), semua buli bagi kerja banyak, tarik hak, palau, perli-perli.
Beberapa perkara adalah sulit untuk dikongsikan sesama rakan sekerja, seperti gaji danbonus. -Gambar hiasan
“Aku takkan maafkan (staf) HR tu. Bukan RM10,000 pun gaji aku!” dakwanya menerusisatu hantaran di laman sosial, tanpa mendedahkan lokasi atau nama syarikatnya.
Menurutnya, dia ditawarkan bekerja di syarikat berkenaan dan meminta kenaikan gaji yang bersesuaian dengan kelayakannya, sebelum menerima tawaran tersebut.
Namun tanpa disangka, salah seorang kakitangan HR didakwa ‘membocorkan’ perkara berkenaan kepada rakan sekerjanya yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga
ARTIKEL BERKAITAN: Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat… Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang serius
“Demand sikit je tapi HR setuju. Bila demand, dapat naik dalam 40 peratus. HR juga yang lulus. Tak tahu apa masalah dia pergi cerita dekat orang.
“Saya sound siapa yang pertikaikan gaji saya. Lepas tu terus diam, (mereka) sambung cakap-cakap belakang. Saya ignore. Dia yang masuk tak demand, kita pula dipersalahkan,” tulisnya lagi.
Bukan enggan mengambil tindakan lanjut terhadap kakitangan HR berkenaan, tetapi dia tidak mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.
Tak tahu apa masalah dia pergi cerita dekat orang.
PENGADU
“Tak ada bukti kukuh, dia cakap mulut je. Dia kebal, orang atas backup.
“Tunggu jumpa kerja lain dulu, hujung-hujung baru report… boleh kan?” dakwanya lagi.
Menerusi ruangan komen, ada antara warga maya yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa,gara-gara sikap tidak amanah kakitangan di jabatan sumber manusia.
Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.
“Pernah kena juga. Jealous sebab kita baru masuk, gaji lagi tinggi daripada yang empat tahun kerja di situ. Lepas tu baru tahu HR bocorkan… dasar bawa mulut!
“Pernah lalu. Aku kerja basic RM1,900… yang lain staf lama starting RM1,500… Kena palau masa kerja, tak bagi balik awal. Setiap hari kena overtime.
“Sama! Gaji merekadah RM2,300 tapi tak puas hati bos naikkan gaji saya sikit. Kena perli tak habis-habis,” demikian komen netizen.