SEMEMANGNYAbukan mudah mencari pasangan hidup, lebih-lebih lagi yang memenuhi kriteria calon suami atau isteri pilihan.
Seorang wanita tidak menyangka dipertemukan dengan seorang lelaki yang di awal perkenalan sudah menunjukkan tanda-tanda ‘redflag’
Sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius,lelaki berkenaan sudah bergurau mahumemberikan hantaran dengan nilai yang lebih rendah daripada harga sebuah motosikal baru dibelinya.
Seorang wanita tidak bersetuju dengan cadangan jumlah hantaran oleh pasangannya. -Gambar hiasan
“Masa baru kenal dah bergurau nak bagi hantaran rendah. Lepas tu kata mas kahwin nanti nak bagi paling minimum yang ditetapkan ikut negeri,” kata wanita itu menerusi satu hantaran di laman sosial.
Lebih mengejutkan, lelaki itu sudah berfikir panjang mahu bakal isterinya untuk terus bekerja selepas mereka bernikah.
Lelaki berkenaan meletakkan syaratsehingga tempoh sekurang-kurangnya selepas anak kedua lahir, sebelum dibenarkan berhenti kerja.
Malah kata wanita itu, dia dimaklumkan si isterihanya boleh menjadi suri rumah selepas status kewangan si suami benar-benar stabil.
ARTIKEL BERKAITAN:Hantaran 15k tak banyak! Wanita bantah dilabel kaki kikis, minta bakal suami fikir jauh – “Isteri tu susukan anak kau sampai bengkak dada”
ARTIKEL BERKAITAN:Pengantin perempuan batal majlis! Tak tahan sikap ibu guna wang hantaran bayar hutang, duit ‘salam kaut’ pun jadi sasaran
Walaupun berniat untuk terus bekerja demi menyara keluarga,wanita itu menyifatkan apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan sendiri dan bukan paksaan mana-mana pihak.
“Dia nak isteri kerja sampai anak kedua, lepas gaji dia dah stabil barulahdia bagi isterinya berhenti kerja.
“Saya memang niat nak kerja sebab perlu bantu famili. Mungkin dapat bantu dia sikit-sikit juga, tapi bukandipaksa bekerja,” katanya lagi.
Cara dia gurau memperkecilkan nilai seorang perempuan.
NETIZEN
Luahan wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan sikap lelaki yang dikenalinya itumerupakan ciri-ciri ‘redflag’ keranatidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Untuk makluman, redflag merujuk kepada tanda amaran awal yang menunjukkan seseorang itu mungkin tidak sesuai untuk dijadikan pasangan hidup terutamanya jika sikap atau keputusannya berpotensi membawa masalah dalam hubungan pada masa akan datang.
Selain itu, segelintirnetizen turut mengecam lelaki itu seolah-olah menjadikan isteriseperti barang dagangan.
“Redflag ni sis. Kadang-kadang lelaki memang serius dengan apa yang dia cakap. Sebab cara dia gurau pun macam memperkecilkan nilai seorang perempuan.
Komen netizen di media sosial.
“Mungkin belum masa untuk kahwin kot. Fokus kerja dulu, kumpul duit. Bukan semata untuk hantaran, tapi untuk kehidupan selepas kahwin. Jangan tergesa-gesa, nanti merana. Kasihan anak-anak nanti.
“Cakap dia awak ingat saya ni motosikalke? Nak diskaun-diskaun. Jantan kalau semua benda nak diskaun, dia sengkek dik. Tak payah teruskan,”komen netizen.