RSS Suria

Perasaan terguris diherdik aktres senior, Jeremy Bong menangis dalam tandas

PERASAAN pelakon Jeremy Bong pernah terguris dengan kata-kata dilemparkan seorang aktres senior terhadapnya ketika di awal kemunculannya dalam bidang seni.

Cerita Jeremy, aktres berkenaan tergamak memarahi dan mengherdiknya di hadapan orang ramai ketika bergandingan dalam sebuah drama.

“Dia cakap pada saya depan semua orang ‘kalau tak pandai berlakon jangan ambil job, jangan menyusahkan orang’.

Jeremy masih menyimpan luka di dalam hati.

“Pada waktu itu saya sangat baru, masih tak faham istilah dalam lakonan selain masih kekok dan diberi watak penting juga.

“Pelakon itu sangat pandai berlakon, apabila ‘action’ dia betul-betul dalam karakter tapi bila ‘cut’ terus dia buat muka,” kongsinya.

Jeremy berkongsi perkara itu semasa muncul sebagai tetamu podcast Sembang Seram yang dikendalikan oleh aktor Safwan Nazri.

ARTIKEL BERKAITAN:Dibuli awal kemunculan, Siti Khadijah pernah terfikir tinggalkan dunia seni… “Pelakon baharu selalu kena marah maki”

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah pernah rasa takut tegur pelakon senior, isu buli tak berlaku tanpa sebab

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut siapa aktres tersebut dan lakonan dramanya itu.

Dia yang berdarah campuran Cina dan India memberitahu tindakan tersebut membuatkan dirinya menangis sekali gus mendatangkan trauma kekal sehingga ke hari ini.

“Masa cut, saya lari pergi tandas saya menangis sebab tak dapat tahan. Kenapa dia kena hina saya depan semua orang?

Jeremy masih berlakon sehingga kini.

“Walaupun kejadian itu sudah lama, tapi saya masih tak boleh lupakan. Saya juga tak mengikuti dia dekat Instagram, saya tak boleh tengok muka dia sebab trauma,” luahnya.

Pun begitu, aktres berkenaan meminta maaf kepadanya selepas tamat penggambaran dan mengakui kesilapannya yang gagal mengawal emosi.

“Lepas sahaja habis penggambaran, dia ada minta maaf kepada saya. Dia ada mesej saya dan saya pun maafkan dia,”luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top