PELAKON Ikmal Amry bersedia dengan risiko mengalami kecederaan apabila bakal menyertai sebuah pertarungan tinju tidak lama lagi.
Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, sebaliknya lebih teruja apabila bakal berhadapan dengan rakan baiknya iaitu aktor Hun Haqeem dalam pertarungan itu kelak.
“Saya sudah bersedia masuk ke gelanggang dan tahu risiko akan tercedera.
Ikmak dan Hun akan berlawan di Fury Championship.
“Tapi saya suka cabar diri dan uji kemampuan saya dalam pertarungan itu nanti.
“Lagi teruja apabila saya akan lawan dengan Hun iaitu kawan baik saya,” katanya kepada mStar.
Tidak menjanjikan perlawanan seperti peninju profesional, bagaimanapun Ikmal akan cuba mempamerkan aksi terbaik agar tidak memalukan diri sendiri.
Malah Ikmal juga giat melakukan latihan tinju sebelum memasuki gelanggang untuk berhadapan dengan Hun nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Ikmal Amry tak ‘judge’ selebriti lelaki tayang badan di media sosial… “Biasalah budak-budak bila ada body”
ARTIKEL BERKAITAN:Ikut Ikmal Amry berlatih boxing, patutlah badan makin sasa… Sahut cabaran buat push up
“Saya tak cakap perlawanan saya nanti akan nampak profesional, saya pun baru balajar.
“Cuma saya janji tidak akan memalukan diri sendiri dan sekarang pun tengah berlatih cantikkan skil tinju.
“Saya tak tahu apa akan jadi nanti, tapi harapnya Nampak kacak di atas gelanggang nanti pun dah memadai,” jelasnya.
Ikmal janji berikan yang terbaik lawan dengan Hun nanti.
Ikmal dan Hun akan bersaing dalam perlawanan tinju Fury Championship yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Mei ini.
Dalam perkembangan lain, Ikmal akan muncul dengan drama terbaharu lakonannya iaitu Bukan Ipar Sempurna.
Drama itu akan ditayangkan menerusi saluran TV3 bermula 13 Mei 2025 pukul 7 malam.
Selain Ikmal, pelakon lain yang turut membarisi drama tersebut ialah Cahaya Nilam Nadiya Nisaa dan Hafeez Mikael.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!