TIDAKdinafikan, sikap negatif mentua merupakan salah satu perkara yang boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga.
Dalam sesetengah kes, wujud golongan mentua yang sukar menerima hakikat bahawa anak lelaki mereka kini sudah berpasangan dan perlu mengutamakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi luahan hati mengenai sikap ibu mentua yang suka mengawal gerak-geri dirinya dan suami setiap kali mereka pulang ke kampung.
Lebih menyakitkan hati, suaminya terpaksa berkongsi lokasi langsung (live location) bagi memenuhi permintaan si ibu mentua, kononnya atas alasan bimbang akan keselamatan mereka.
Wujud segelintir mentua yang cemburu apabila anak lelaki mengutamakan isteri mereka. -Gambar hiasan
“Kisahnya tadi, masa nak balik KL dari rumah ibu mentua, dia suruh suami saya kongsi live location. Lepas tu, masa dalam perjalanan balik kami pilih untuk lalu jalan yang melalui kampung saya.
“Kami singgah sekejap untuk makan kat kedai je, bukan balik rumah mak saya pun. Tapi malam ni dia boleh pula persoalkan kenapa singgah kampung saya.
“Selama ni saya terima je alasan dia kononnya risau kalau jadi apa-apa dalam perjalanan. Saya pun malas nak besarkan benda-benda remeh macam tu. Tapi bila dia dah mula persoalkan kami pergi mana, rasa macam annoying sangat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ini bukan kali pertama ibu mentuanya menunjukkan sikap sedemikian, kerana sebelum ini pun dia pernah menghalang mereka daripada pulang ke kampung halamannya sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita nekad tak balik rumah mentua… Teruk kena hina tapi suami cuma ‘membatu’, main telefon
ARTIKEL BERKAITAN:Famili mentua suka ‘bolot’ suami, kawal giliran balik raya! Isteri malas layan drama, rela balik kampung asing-asing
Dalam nada kesal, wanita itu mengakui bahawa dirinya terpaksa memendam rasa melayan kerenah ibu mentua yang cemburu setiap kali dia menjenguk mak ayah kandungnya.
“Dulu pun ada satu kes, kami dah pun memutuskan nak balik dua-dua kampung sekali. Dia cakap dengan suami saya supaya tak payah balik kampung saya dan cakap nak berlaku adil tak semestinya kena sama.
“Pernah sekali kami balik kampung saya untuk urusan rumah. Kebetulan suamiterlepas jawab panggilan dia (ibu mentua), boleh cakap…Ohh, balik kampung saya boleh, angkat call dia tak boleh?
“Saya jumpa ibu bapa saya sebulan sekali je. Itu pun kalau dah kebetulan jumpa kat mana-mana. Tapi jumpa keluarga belah ibu mentua boleh sampai dua tiga kali sebulan. Padahal kampung sayalagi dekat sebenarnya,” jelasnya.
Kisahnya tadi, masa nak balik KL, dia (ibu mentua) suruh suami saya kongsi live location.
PENGADU
Simpati melihat suaminya yang sering tersepit dalam membuat keputusan, wanita itu menyifatkan tindakan ibu mentuanya sebagai keanak-anakan dan seolah-olah cuba ‘membolot’anak lelaki sendiri.
“Kadang-kadang kesian tengok suami, saya tahu dia serba salah. Ibu mentua suka buat isu daripada benda yang sebenarnya tak ada isu.
“Tak semua benda kami kena cerita dekat keluarga. Tapi bagi ibu mentua saya, sekecil-kecil benda pun kalau tak beritahu dia, dia rasa macam anak dia betray dia,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.
Komen netizen di media sosial.
Malah ada dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman mengenai kerenah mentua masing-masing.
“Thread awak ini mengundang negatif komen netizen walaupun awak cuma nak meluahkan perasaan awak tak adaniat pun nak sakit kan hati ibu mentua.
“Mak mentua tak de laki ke? Mungkin dia sunyi kot. Tapi kalau ada laki gigihnya control anak.
“Anak itu bukan hak milik kita, hak milik Allah. Ibu mentua awak kena belajar lepaskan anak dia sebab dah berkahwin, dosa ganggu rumah tangga anak,” antara komen netizen.