SEORANG individu mendakwa dirinya dikecamselepas meninggalkan komen pada satu postingyang dilihatnya di TikTok.
Posting tersebut menunjukkan seorang gadis meluahkanrasa berat hati untuk menghadiri jamuan Hari Raya di sekolah hanya kerana tidak dibenarkan mengenakan solekan.
Menceritakan semula apa yang berlaku, individu berkenaan berkata dia meninggalkan komen pada hantaran itu, menasihatipelajar tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkantanpa mengeluh.
Pelbagai jenis juadah disediakan ketikajamuan raya. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, jika pelajar berkenaan berasatidak selesa atau terbeban dengan syarat yang ditetapkan, dia boleh memilih untuk tidak hadir ke majlis tersebut.
“Maaf cakap tapi saya rasa budak dekat TikTok sangat tak boleh ‘disentuh’ (tegur). Macam tadi ada lalu satu content (kandungan) ni.
“Budak tu luah la cakap dia malas nak pergijamuan raya sebab nak mekap semua tak boleh.
“Jadi saya cakap ikut je la peraturan tu. Kalau rasa tak boleh ikut, jangan pergi,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah… Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa ‘sporting’, masak Aglio Olio untuk jamuan raya jam 4 pagi… Tak kisah anak makan jajan di sekolah sekali sekala
Bagaimanapun wanita itu berkata, dia terkejut apabila komentersebut mengundang kecaman hebat daripada segelintir warganet yang bersimpati dengan nasibpelajar berkenaan.
Menerima respons yang tak disangka-sangka seperti itu membuatkan dirinya mempersoalkan adakahtegurannyaadalah satu tindakan yang salah.
“Lepas tu ramai gila yang serang dan kecam, salah ke? Semua sekolah macam tu (tetapkan peraturan). Tapi bagi la nampak muka tu ‘hidup’ sudah la kan.
Mereka macam bergantung sangat dengan mekap. Aku dulu kira bersyukur dah pakai baju kurung.
NETIZEN
“Enjoy je la zaman sekolah. Nanti sudah habis sekolah, sumpah rindu semua (kenangan) tu.
“Tak mati pun (tak mekap). Datang jamuan pun nak makan. Lama-lama nanti mekap tu hilang juga,” katanya lagi.
Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa zaman persekolahan dahulu yang jauh lebih bersederhana dalam penampilan berbanding pelajar zaman sekarang.
Ada juga yang meminta supaya mereka yang bergelar pelajartahu batas dan tidak perlu terlalu taksub dengan solekan pada usia muda.
Komen netizen di media sosial.
“Dulu pakai liptint je. Lepas tu kena rampas dengan pengawas.
“Mereka macam bergantung sangat dengan mekap. Aku dulu kira bersyukur dah pakai baju kurung. Budak sekarang ni banyak yang cepat rasa tak yakin dengan diri.
“Betul apa yang awak cakap tu. Kalau rasa tak boleh, tak payah datang. Tak paksa pun dia datang. Kalau ye pun, pakai je pelembap bibir dengan sunscreen. Okay la tu cantik.
“Mereka budak-budak lagi tu dah satu hal, tiba-tiba ‘serang’ orang dah kenapa?” komen beberapa netizen.