RSS Suria

Pemergian ibu bapa banyak ubah Liyana Jasmay, lebih syukuri kehidupan

PEMERGIAN kedua ibu bapanya banyak mengubah cara pemikiran pelakon Liyana Jasmay tentang kehidupan.

Paling ketara kata Liyana, 37, dia lebih banyak bersyukur tentang apa dimilikinya dan kesedaran itu membuatkan kehidupannya lebih tenang.

“Semenjak ibu bapa saya meninggal dunia, banyak yang saya belajar dan perbetulkan cara pemikiran saya.

Pemergian arwah ibu bapa banyak mengubah kehidupan Liyana.

“Apabila kita selalu bersyukur, hati pun akan rasa lebih tenang.

“Kalau rasa nak mengeluh, kena sentiasa ingat ada orang lebih susah di luar sana,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, bapa aktres itu Allahyarham Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia pada Disember 2021 akibat kanser paru-paru.

Manakala Allahyarham ibunya, Datin Habsah Simpon pula meninggal pada Mei 2023 akibat kanser limfoma.

ARTIKEL BERKAITAN:Liyana Jasmay menyesal, banyak istighfar selepas terikut trend menari beri duit raya

ARTIKEL BERKAITAN:Liyana Jasmay rasa diri ‘low’ ikut trend tanpa selidik, padam video beri duit raya sambil menari

Dalam pada itu, Liyana berkata, kehidupan dilalui ketika ini juga boleh dianggap sebagai tuah.

Malah Liyana juga mula memahami bahawa rezeki itu juga bukan semata-mata dalam bentuk wang atau kebendaan tetapi dalam pelbagai cara.

“Allah akan bagi rezeki dengan cara lain, saya dan kakak berjanji mahu menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Liyana syukur dengan rezeki ditetapkan Allah buatnya.

“Saya rasa hidup saya ini bertuah… Kadang-kadang tak tahu hendak rasa bersyukur macam mana lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Liyana bakal tampil dengan drama terbaharu lakonanya berjudul Pasca Kau Pergi.

Drama gandingan bersama Nadiya Nisaa itu bakal ditayangkan pada Oktober depan menerusi TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top