RSS Suria

Gelaran ‘kepam’ bukan sebab hina fizikal, influencer kongsi cerita bibik didakwa pengotor

VIDEO memaparkan anak kepada pempengaruh Mia Azahar yang jatuh dihempap rangka katil ketika berada dalam jagaan pembantu rumah kecoh menjadi bualan di media sosial.

Di sebalik rasa simpati terhadap kanak-kanak itu, Mia turut dikecam selepas dia menggunakan perkataan ‘kepam’ yang ditujukan kepada pembantu rumahnya.

Susulan kecaman yang diterima, TikToker itu tampil memuat naik satu video untuk menjelaskan punca sebenar dia memilih untuk menggunakan perkataan tersebut.

Anak kepada pempengaruh itu terjatuh ketika berada dalam jagaan pembantu rumahnya.

“Ada sebab kenapa aku panggil dia kepam. Bukannya sebab dia gemuk. Aku langsung tak ada sentuh pasal fizikal dia, kau jangan nak pusing cerita.

“Aku memang perasan dia agak tak bersih. Dia berpeluh ketika kerja, dia lap peluh kemudian dia lap pula muka anak aku.

“Ada satu video dia korek hidung, kesat dekat baju dia dan angkat anak aku,” ujar pempengaruh itu menerusi video di TiKTok.

Sumpah aku tak ada cakap pasal fizikal dia, tak ada cakap dia gemuk, korang yang buat andaian sendiri.

MIA AZAHAR

PEMPENGARUH

Antara lain, dia mendakwa pembantu rumah itu tidak membersihkan peralatan dapur serta tidak mencuci kesan muntah pada pakaian anaknya.

Menerusi video sama, Mia turut meluahkan rasa kesal atas kegagalan pembantu rumahuntuk memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya.

“Isunya, aku cuma meluahkan rasa kesal sebab anak aku jatuh dalam jagaan dia tapi dia tak maklumkan langsung. Anak aku jatuh terlentang, kepala dia terhempap atas simen.

ARTIKEL BERKAITAN:Bibik orang tempatan merungut disuruh masak sup ayam, sayur tumis… Belum cukup jam dah nak balik, alasan sakit tangan

ARTIKEL BERKAITAN:Air mata bibik tumpah di Aidilfitri… Tak sangka permintaan masak sambal balado helah majikan buat kejutan!

“Lepas tu ada bed frame pula terhempap atas dia. Anak aku baru setahun sembilan bulan, dia tak tahu apa-apa, dia tak tahu bahaya. Lepas jatuh, dia tak maklumkan aku atau mentua aku.

“Mentua aku ada dalam rumah, tengah jaga baby. Kejadian berlaku pukul 8 pagi dan 10 malam baru tahu lepas aku semak kamera litar tertutup (CCTV),” ujarnya lagi.

Jelas Mia, dia menonton rakaman itu ketika masih berada di China atas urusan kerja.

Sekiranya dimaklumkan awal, Mia berkata dia boleh meminta bantuan untuk menghantar anaknya untuk pemeriksaan kesihatan.

Mia mendakwa pembantu rumah itu tidak menjaga kebersihan ketika mengendalikan anaknya.

Pada penghujung video, Mia turut memohon maaf sekiranya dia ada menyakiti sesiapa dan sekali lagi menjelaskan tentang penggunaan perkataan ‘kepam’ terhadap bibiknya.

“Aku minta maaf jika aku pernah sakiti sesiapa secara sengaja atau tak. Sekali lagi nak tekankan, aku memang tak hina fizikal bibik aku.

“Sumpah aku tak ada cakap pasal fizikal dia, tak ada cakap dia gemuk, korang yang buat andaian sendiri. Aku cakap kepam bukan sebab badan dia, tapi sebab kebersihan dia. Itu sahaja,” ujar Mia.

Di ruangan komen, Mia mengesahkan dia sudah memberitahu ejen dan pembantu berkenaan sudah tidak lagi berada di rumahnya.

“Saya sudah beritahu ejen dan dah hantar balik dah,” tulis Mia sebagai respon kepada pertanyaan netizen.

Video penjelasan pempengaruh itu meraih 1.1 juta tontonan selepas lapan jam ia dimuat naik ke TikTok.

Scroll to Top