RSS Suria

Selepas fail fasakh, isteri Azlan Komeng bawa diri balik Thailand

DISANGKA menyembunyikan diri, rupa-rupanya isteri pelakon Azlan Komeng itu pulang ke kampung halamannya di Thailand selepas memfailkan fasakh terhadap suami pada 9 April lalu.

Nilam atau Nur Nilam Ortiz, 45, berkata dia berada dalam keadaan baik namun sibuk menjaga ibu yang sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.

“Masih dekat sini, ada saja tau. Tak bersedih pun, tengah sibuk jaga syurga,” katanya menerusi hantaran di TikTok pada Selasa.

Nilam kunci mulut berhubung isu rumah tangga.

Menurut Nilam, dia tidak menyembunyikan diri kerana bimbang orang ramai akan mencarinya namun berkemungkinan akan tinggal lebih lama di kampung.

“Kalau saya diam, orang akan tercari-cari saya mana. Saya mungkin akan seminggu lagi di sini, tapi tengok macam mana,” kongsinya.

Sebelum ini, Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, mengesahkan isterinya memfailkan fasakh terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri fail fasakh, Azlan Komeng ada sebab enggan bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Azlan Komeng muncul di mahkamah seorang diri, beri bayangan rumah tangga bakal berakhir

Meskipun menghormati keputusan itu, Azlan bagaimanapun tidak akan melepaskan isterinya kerana mempunyai alasan tersendiri.

Pada 9 April lalu, Nilam hadir ke mahkamah dengan berpakaian serba hitam mengundang perhatian ramai.

Sebelum itu pada Mac, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin kali kedua.

Azlan enggan lepaskan Nilam.

Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top