RSS Suria

Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri… Anggap suami biawak hidup dah mati – “Insurans dia aku tak bayar”

SEORANG wanita meluahkan isi hatiapabila dia sudah tidak mampu lagi bertahan dalam rumah tangga yang dibina gara-gara sikap suami.

Kekecewaan yang menebal membuatkan dia nekad untuk membawa haluan sendiri dan menganggap lelaki itu sudah mati.

Dalam satu perkongsian di media sosial, dia mendedahkan dirinya perlu menanggung segala perbelanjaanrumah tangga seorang diri tanpa sebarang bantuan daripada suami.

Malah, dia juga nekaduntuk berhenti membayar insurans suamidan hanya meneruskan pembayaran untuk dirinya sendiri.

Terdapat ramaiwanita kini lebih bekerjaya berbanding suami. -Gambar hiasan

“Sekarang ini, aku anggap dia dah mati. Semua benda aku bayar sendiri 100 peratus. Insurans dia aku tak bayarkan dah, aku bayar aku punya je,” luahnya.

Lebih menyedihkan, dia juga tidak lagi menjalankan tugasan sebagai isteri dengan menyediakan makanan untuk suaminya.

Bukan itu sahaja, wanita ini jugahanya mendiamkan diri dan tidak lagi ambil peduli apabila suaminya mengadu lapar.

Pendek kata, dia memilih untuk menjalani kehidupantanpa melibatkan suaminya, termasuk ketika membeli persiapan raya.

“Makan pun aku masak untuk aku seorang je. Bila dia cakap dia lapar, aku buat pekak.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ – “Bau dari jauh pun mual”

ARTIKEL BERKAITAN:Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier

“Aku pergi beli baju raya pun aku pergi seorang. Dia ada juga tiba-tiba sampai tepi aku sebab nak beli sama-sama tapi aku buat pekak.

“Bila dia nak ‘bersama’ aku kentut. Aku buat-buat tidur dan ada masa aku ‘palau’ (abai) je terus,” katanya lagi.

Menurut wanita ini, keputusan drastik yang dibuat ituberpunca daripada pengkhianatan suami yang terlalumenyakitkan hatinya.

Meskipun ada sekelumit simpatiterhadap lelaki itu, dia tetap berpegang pada prinsipbahawa perasaan itu jika diturutihanya akan membuka ruang untuk terus dikhianati.

Apa la lelaki macam ni fikir masa dia nak berkahwin dulu.

NETIZEN

“Kadang-kadang aku rasa kesian dekat dia tapi aku remind diri aku balik. Sebab kesian inilah dia banyak khianati dan ambil kesempatan dengan peluang yang aku bagi dulu,” katanya.

Akhirnya, wanita ini nekad untuk memfailkan penceraian kerana dia sudah tidak mampu untuk terus bertahan dalam perkahwinan.

“Jadi sebab inilah aku nak bercerai. Aku dah tak mampu nak menyantuni laki aku. Dia buatlah apa pun, bagilah segunung janji dan emas pun, aku tetap dah tak nak dekat dia,” tegasnya.

Luahan wanita ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong keputusannya dan menasihatinya agar berfikir secara matang sebelum membuat keputusan besar.

Komen netizen di media sosial.

“Semoga dipermudahkan urusan awak sis, cari bahagia untuk diri kita.

“Apa la lelaki macam ni fikir masa dia nak berkahwin dulu.

“Laki biawak hidup macam ni tak sepatutnya duduk bersama. Minta fasakh pun boleh je kalau jenis tak berubah.

“Kalau miskin dan rajin, tahu bagi nafkah OKla sikit,” antara komen netizen.

Scroll to Top