RSS Suria

Ella kongsi pengalaman bikin album di Amerika Syarikat, sedia rakam semula lagu lama

ALBUM Ella USA yang diterbitkan pada tahun 1994 menjadi satu kenangan yang amat berharga buat penyanyi Ella.

Lebih membanggakan apabila Ella, 59, menjadi penyanyi wanita tempatan pertama yang merakamkan lagu di Amerika Syarikat selain mendapatkan khidmat pemuzik asal Jepun iaitu Kyoji Yamamoto sebagai penerbit.

Berkongsi pengalaman pembikinan album berkenaan, Ella memberitahu dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh tiga bulan berada di negara tersebut.

Pengalaman rakam album di Amerika Syarikat masih segar dalam ingatan Ella.

“Ia satu perjalanan berbeza yang amat saya hargai. Bukan senang nak dapat peluang bekerja di sana.

“Saya masih ingat lagi berjalan kesejukan ke studio selain pernah merasa gempa bumi.Semua itu adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli,” ujarnya.

Ella ditemui ketika majlis sidang media konsert Ella USA yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak perlu ‘kurung diri’ apabila dikecam, Ella nasihat penyanyi baharu kena berani tapi jangan ikut emosi

ARTIKEL BERKAITAN:Ella bangga lagu ‘Standing In The Eye Of The World’ kekal evergreen, jadi karya wajib Hari Merdeka

Konsert berkenaan dianjurkan bersempena ulang tahun ke-30 album tersebut diterbitkan.

Tambah penyanyi ini, keistimewaan album tersebut membuat dia bersetuju untuk menjadikan ia sebagai satu siri konsert buat peminat.

Bahkan setiap lagu-lagu dalam album tersebut seperti Gemilang, Nuri dan P.P.P kekal menjadi permintaan peminat sehingga hari ini.

Bukan senang nak dapat peluang bekerja di sana

ELLA

PENYANYI

“Album ini sangat unik dan dihargai peminat. Konsert ini juga adalah hadiah buat mereka,” ujarnya.

Istimewa untuk konsert yang bakal berlangsung pada 17 Mei itu, Ella bakal menampilkan Kyoji untuk sama-sama menggamit memori kerjasama mereka.

Sementara itu, Ella berkata dia terbuka sekiranya dapat merakamkan semula lagu-lagu dalam album berkenaan dengan versi lebih segar.

Ella hiburkan peminat sempena raikan ulang tahun album Ella USA.

“Saya tiada masalah nak rakam semula salah satu lagu. Tetapi mungkin bukan di Amerika. Kita boleh cuba di Asia untuk ambil pengalaman dan teknologi lebih baik,” jelasnya.

Konsert Ella USA bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top