RSS Suria

Konti radio tempat pertemuan pertama, Bella Astillah pecah rahsia Syed Saddiq

RUPA-RUPANYA pelakon Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq sudah berkenalan sejak tiga tahun lalu.

Mengimbau perkenalan mereka, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, konti sebuah stesen radio menjadi lokasi pertemuan pertama mereka.

Malah cerita Bella, Syed Saddiq yang mula-mula menegur dan menghulurkan salam perkenalan di antara mereka.

Bella dedah sudah tiga tahun berkenalan dengan Syed Saddiq.

“Kenal tiga tahun lalu, masa itu dekat konti radio.

Saya tengah duduk, YB (panggilan Syed Saddiq) lalu. Waktu sedang main telefon, YB tegur.

“Saya terus bangun dan tunduk. YB tanya saya sihat ke? Lepas itu biasalah, soalan-soalan YB,” katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Manis berbaju kurung, Bella Astillah datang beri sokongan kepada Syed Saddiq curi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq rancang kejutan hari jadi, Bella Astillah menangis sebab gembira

Bercerita lanjut mengenai Syed Saddiq, Bella menyifatkan ahli politik itu seorang merendah diri dan tidak meninggi diri.

Malah kata Bella, dia mengagumi sikap Syed Saddiq yang mengutamakan tetamu walaupun berada dalam keadaan penat.

“YB memang tak sombong, dia seorang yang sangat merendah diri walaupun kadang-kadnag dia penat tapi dia masih layan orang,” ujarnya.

Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.

Bella dan Syed Saddiq pakai baju sedondon sewaktu raya.

Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan pada hari jadi Bella pada Mac lalu yang menguatkan lagi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq beberapa hari kemudian.

Terbaharu Bella dan Syed Saddiq memakai pakaian raya sedondon menguatkan lagi gosip percintaan di antara mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top