BAKAL menghiburkan peminat dalam konsert solo pertama, penyanyi Datuk Amy Search sudah mempersiapkan diri untuk kekal bertenaga sepanjang acara berlangsung.
Peka dalam hal penjagaan kesihatan, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 66, tidak mahu menghampakan peminat sekiranya dia tidak dapat beraksi dengan baik.
Malah usia juga bukan satu halangan bagi memastikan penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan itu nanti.
Amy jaga stamina sempena konsert solo.
“Sudah tentu di usia sekarang ini saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga.
“Penyanyi ini umpama pemain bola kerana perlu kekalkan stamina supaya dapat berikan persembahan mantap.
“Untuk saya mengadakan persembahan selama dua jam setengah itu adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dan menjadi kenangan terindah dengan peminat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Amy Search nasihat penyanyi baharu cari genre sesuai, ‘killer song’ bantu tonjolkan bakat
ARTIKEL BERKAITAN:Bertembung dengan final Piala Malaysia, peminat minta Amy Search ubah tarikh konsert
Konsert Amy Search Magic Solo Pertama bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.
Acara itu juga menjadi pencapaian istimewa dalam kariernya selepas lebih empat dekad bergelar anak seni dan cukup sinonim dengan lagu-lagu rock malar segar.
“Setiap kali dapat menjayakan konsert saya dapat rasai satu kepuasan. Sebagai penghibur, saya sentiasa mahu berada di atas pentas dan menghiburkan peminat.
Sudah tentu di usia sekarang ini saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga
DATUK AMY SEARCH
PENYANYI
“Bagi saya, semakin kerap membuat persembahan, semakin banyak ilmu dan pengajaran baru yang dapat saya pelajari,” ujarnya.
Membawa tema Rock It Like Amy, penyanyi ini juga menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.
Bakal menyanyikan sekitar 20 hingga 25 lagu, Amy turut mengajak peminat untuk sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri pada konsert itu nanti
Amy bakal nyanyi lagu-lagu popular untuk hiburkan peminat.
“Sudah tentu lagu kegemaran peminat saya akan nyanyikan. Saya janji akan berikan persembahan yang terbaik.
“Saya mahu peminat hadir, dan kita akan sambut Aidilfitri bersama dalam suasana yang penuh bermakna,” jelasnya.
Konsert bersejarah itu turut menampilkan pengarah konsert berpengalaman, Jennifer Thompson, yang bertanggungjawab memastikan perjalanan konsert berjalan lancar.
Tiket konsert boleh didapati melalui www.wowtix.com.my.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!