KEPUTUSAN untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada keluarga merupakan pengorbanan besar yang dibuat seorang wanitawalaupun mempunyai kerjaya dan pendapatan stabil.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata sebelum ini dia dan suamimasing-masing mempunyai gaji yang baik, dengan jumlah pendapatan bersama mencecah hampir RM20,000 sebulan.
Namun, selepas mengalami keguguran pada tahun lalu, suaminya mencadangkan agar dia berhenti kerja demi menjaga kesihatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.
Ramai golongan wanita rela berhenti kerja demi mengutamakan keluarga. -Gambar hiasan
“Sebelum ni saya dan suami, dua-dua bekerja. Tapi disebabkan keguguran tahun lepas, suami suruh letak jawatan. Bergaduh juga la sebab kami banyak komitmen dan gaji saya lagi tinggi daripada suami.
“Tapi saya cuba ikut cakap suami sebab rezeki Allah ni luas. Insya-Allah akan ada rezeki lain. Tapi apabila ada bunyi-bunyi tak seronok cakap saya habiskan duit suami… rasa sakit hati sangat macam ditikam-tikam,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas pelajar cemerlang tak kejar gaji besar, rela berhenti kerja jaga anak-anak – “Hidupku tenang di rumah”
ARTIKEL BERKAITAN:Suami gaji kecil, berdosakah isteri nak berhenti kerja mahu jadi suri rumah? Ini penjelasan Dr Zulkifli
Lebih menyakitkan hati,pengadu turut mendakwa ada ahli keluarga dansaudara-mara suaminyamembuat andaian tidak berasas tentang rumah tangga mereka.
Justeru wanita ini menjelaskan bahawa salah satu sebab dia berhenti kerja adalah untuk membuktikan bahawa suaminya mampu menanggung keluarga walaupun dia kini bergelar suri rumah sepenuh masa.
Mereka selalu cakap suami gunakan duit saya untuk bergaya.
PENGADU
“Sebelum ni masa saya masih bekerja, mereka selalu cakap suami gunakan duit saya untuk bergaya. Famili dan makcik dia yang cakap macam tu tau.
“Itu salah satu sebab juga saya berhenti kerja sebab nak buktikan dekat mereka yang suami saya ni mampu tanggung saya dan anak. Alhamdulillah masih cukup dengan rezeki Allah,” katanya.
Luahannya itu ternyata mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan wanita bergelar isteri yang pernah melalui nasib yang sama.
Komen netizen di media sosial.
Ramai memuji wanita ini kerana sanggup berkorban dan dalam masa yang sama, berdiri teguh mempertahankan maruah suami serta institusi rumah tangga.
“Sebenarnya kan awak, saya lagi suka orang fikir saya habiskan duit suami. Bermakna suami jaga saya dengan baik. Dia bagi semua yang saya nak… baju mahal, handbag berjenama.
“Lebih-lebih lagi saya pun suri rumah, memang pendapatan daripada suami saja. Jangan pening kepala dengan mulut orang. Kita yang bahagia, tapi dia pula yang sakit hati,” kata seorang netizen.