VIDEO pelakon Scha Elinnea masuk ke sebuah klinik kecantikan menjadi perhatian netizen yang rata-rata mendakwa aktres berkenaan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung.
Apatah lagi ramai menyedari perubahan hidung Scha yang dilihat lebih mancung dan berbeza berbanding sebelum ini.
Menjawab tuduhan itu, Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, menyangkal dakwaan mengubah bentuk asal hidungnya.
Scha nafi lakukan pembedahan plastik.
Dia sebaliknya memberitahu hanya melakukan prosedur Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU) di klinik kecantikan itu.
“Saya buat HIFU, mesin untuk garis rahang. Saya nak bentukkan (wajah), bukan buat pembedahan pun.
“Saya buat pun untuk hilangkan lemak-lemak. Banyak kali juga buat kerana ia menggunakan mesin,” katanya kepada mStar.
Sebaliknya kata Scha dia pergi ke klinik kecantikan bagi melakukan prosedur Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU) bagi membuang lemak pada bahagian wajah.
ARTIKEL BERKAITAN:Scha Elinnea pernah digoda pelakon lelaki, enggan terpalit cinta lokasi
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh hidup mewah sebab ada ‘sugar daddy’, Scha Elinnea tak tergamak bagi ibu bapa duit haram
Jelas Scha, prosedur itu tidak melibatkan sebarang pembedahan seperti didakwa sesetengah pihak.
“Saya buat prosedur HIFU iaitu mesin untuk menggariskan rahang. Saya mahu bentukkan wajah dan bukannya buat pembedahan pun.
“Prosedur itu bagi menghilangkan lemak pada bahagian wajah dan sudah beberapa kali saya lakukan rawatan itu,” katanya kepada mStar.
Scha memberitahu dia juga tidak menyedari video masuk ke klinik tersebut menjadi bualan netizen.
Scha lakukan rawatan HIFU.
Namun kata Scha, setiap orang berhak melakukan apa sahaja ke atas diri mereka untuk menambah keyakinan diri asalkan ia tidak memudaratkan.
“Lain orang lain pemikirannya tapi lakukan saja cara boleh buat anda bertambah yakin dan rasa lebih baik dengan diri sendiri,” ujarnya.
Pada Mac lalu, Scha menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya selepas video menampakkan perubahan pada bahagian hidungnya dikongsi di TikTok.
Video tersebut dipercayai dimuat naik oleh klinik rawatan wajah berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!