SETIAP pekerja pastinya mengharapkan bayaran gaji yang berbaloi dengan segala usaha dan penat lelah mereka.
Namun, terdapat segelintir individu yang tidak memandang nilai gaji, sebaliknya terus berkhidmat kerana gembira dengan persekitaran tempat kerja.
Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Aisya turut berkongsi faedah-faedah yang diterima di tempat kerjanya.
Tak semua pekerja sanggup berulang-alik jauh ke tempat kerja mereka. -Gambar hiasan
Selain jarak dekat dengan rumah, dia juga gembira kerana dihadirkan rakan sekerja serta majikan yang baik.
“Kenapa tak mahu resign? Jarak tempat kerja lima minit saja dari rumah. Masuk kerja pukul 9 pagi, balik pukul 6 petang. Rehat 12.30 tengah hari sampai 2 petang boleh balik rumah untuk tidur.
“Minum petang bos belanja. Bos dari syurga. Baik sangat, kerja tak stres. (Saya) paling muda kat tempat kerja. Boleh ajar Gen Y trendGen-Z.
Jarak tempat kerja lima minit saja dari rumah… rehat 12.30 tengah hari sampai 2 petang boleh balik rumah untuk tidur.
AISYA
“Ada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Cuti senang diluluskan, cuti seminggu sekali, tiada orang toksik,” tulisnya.
Tambah wanita itu, kehadiran bos serta rakan sekerja yang baik juga diibaratkan seperti satu kurniaan rezeki.
Di ruangan komen, seorang lagi pelayar TikTok berkata dia juga kekal di syarikat sama selama lebih lima tahun kerana dikurniakan majikan yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita ‘demand’ naik gaji disindir, dibuli rakan sekerja gara-gara mulut celupar staf HR – “Bukan RM10,000 pun!”
“Saya kerja dekat satu syarikat ni dari 2018 sampai 2024. Tahun lepas berhenti sebab kahwin dan ikut suami. Walaupun gaji tak naik dan sikit, tapi saya suka kerja situ.
“Tempat kerja dekat, bos baik, kerja santai. Boleh cuti bila-bila masa, penuhkan peti ais tiap bulan boleh claim duit ofis. Kawan kerja semua baik-baik,” tulisnya.
Beberapa individu lain turut meluahkan pandangan serupa yang mana mereka lebih memandang ketenangan daripada nilai gaji.
Tempat kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang hilang motivasi untuk meneruskan kerjaya mereka. -Gambar hiasan
“Pernah macam ni. Tempat kerja seronok, bos dan kawan-kawan baik tapi gaji rendah. Namun sebab suasana best, saya okey saja. Pernah kerja gaji besar tapi suasana toksik dan stres.
“Gaji murah tapi suasana kerja selesa dan tiada yang toksik. Nak resign pun tak sampai hati.
“Masya-Allah betul sangat. Tak perlu gaji terlalu mewah, asalkan keadaan kita tenang,” tulis beberapa netizen lagi.